menghitung hari
Lagi tinggal 3 hari sebelum minggu trial budak-budak Foundation June’05. Habis saja diaorang trial, turn kitaorang pula, budak-budak A-Level June’04, Jan’05, March’05 dan June’05 (pre-law) berperang dengan final exam!!! Arghh~!
Macam sekejap je kan~ pejam celik saja dah final. Ada juga lah saya terfikir kenapalah saya tak sign up untuk exam bulan Nov. Ada juga lebih masa untuk study dan prepare untuk exam. Macam entri saya sebelum ni, exam saya berlangsung selama sebulan. Abah cakap, baguslah sebab ada masa lebih untuk study. Tapi dengan kata lain, penantian itu satu penyeksaan tau! A-Level students June’04, Jan’05 dan March’05 ramai yang dah ambil AS paper, so cuma tinggal A2 sajalah untuk exam nanti. June’05, batch kitaorang (fast track) yang ambil 2 subjects saja, pun beruntung sebab cuma perlu concentrate untuk 2 subjects. Yang ambil Law-History, habis exam awal. Yang ambil Law-Economics, gap untuk paper Law dan Economics tu jauh tapi still ada banyak masa untuk diaorang. Yang ambil Law-History-Economics (AS dan A2), salah seorangnya saya, lebih seksa.
Pening kepala saya. Kadang-kadang pun rasa menyesal sebab mengada-ngada ambil 3 subjects. Tapi yang saya mahu, exam cepat-cepatlah habis. Supaya berat beban pun berkurangan. Saya cadang mahu balik KK 15hb Jun nanti. Habis exam 9hb, ada masa 6 hari untuk berfoya-foya di KL. Dah merancang nak buat trip to Genting dengan Niesa dan yang lain-lain. Haha. Lagipun, kalau tak silap bulan Jun kan ada Mega Sale? Okay lah tu!
Eh Wawa, study la!