FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Dec
05

Hanya tinggal LIMA hari saja lagi. Eh, bukan menghitung 11 Disember. Tapi 12 Disember. Orang lain menghitung tarikh peperiksaan, tapi 12 Disember adalah tarikh saya akan pulang ke Malaysia untuk cuti musim sejuk. Baik, baik. Ketawakanlah saya. Ada kawan-kawan di Malaysia ketawa mengekek-ekek bila saya kata saya akan pulang Disember ini. Kononnya saya memang tak boleh harap. Baru saja bulan Jun lepas (sehingga pertengahan November) saya beria-ia kata tidak akan pulang sehingga tempoh yang belum pasti. Seorang kosmet saya juga ada kata dia masih ingat saya beritahu yang saya tidak akan ke mana-mana cuti ini. Ringkas, jawab saya. Saya tukar fikiran. :D

Tapi percaya atau tidak, saya menukar fikiran secara tiba-tiba (dan begitu pantas) hanya kerana rindukan bege ayam spesel dengan cheese. Saya berimajinasi sedang memakan bege ayam spesel dengan sos cili dan mayonis yang meleleh-leleh dengan nikmat. Pergh! Terliur beb. Bermula dengan bege, saya terus berimajinasi makanan lain yang sedap-sedap. Erghhh.. Kata saya mengeleng-geleng sambil menutup mata. Cuba hapuskan imajinasi itu. Tapi akhirnya, saya ketepikan ketawa kawan-kawan yang mengetawakan saya. Peduli lah. Mereka tidak tahu nikmat makanan yang sedap-sedap di Malaysia kerana mereka berada di Malaysia. Bila-bila saja mereka boleh dapat jika mahu. Kenikmatan itu anda tidak boleh rasa sepenuhnya, hanya kami yang berada di luar Malaysia saja yang tahu. Sampaikan Amna membuat saya berjanji untuk tidak ke restoran stimbot yang kami pergi Jun lepas hanya kerana Amna tidak bersama. Kerana saya memahami perasaan beliau (haha), maka saya bersetuju. Yang penting, makanan-makanan lain sedang menunggu.

Cop! Bukan ini yang saya nak cerita. Saya sebenarnya masih menanti dengan sungguh tidak sabar akan kunjungan abang posmen Royal Mail untuk membunyikan loceng rumah saya. TIKET belon saya masih lagi di awangan. Selagi tidak menerima tiket belon untuk pulang, tentulah hati saya gelisah tidak sabar. Kerana saya sudah sepatutnya mendapat tiket itu sejak minggu lepas. Musykil. Sungguh pelik. Minda saya mula membuat andaian bukan-bukan. Bagaimana kalau…? Ops ops. InsyaAllah tidak. Jangan lah weh! Banyak rancangan sudah diatur sempena kepulangan saya kali ini. Alumni SMAKK juga siap membuat temujanji dengan saya lagi sebaik saja tahu saya akan pulang. Orang penting lah katakan. ;) Maka, anda yang masih membaca sehingga ke ayat ini, sila doakan tiket saya akan cepat sampai agar saya boleh pulang ke tanahair tercinta.

Gembira kerana berjaya mendapat tempat duduk dalam Penerbangan Malaysia, saya menghebah-hebahkan kepulangan saya kepada mereka yang tidak pulang. Walaupun tidak pulang, mereka ada rancangan lain. Mr Samsul of Coventry akan ke Ireland dan sempat pula memesan 10 batang BELACAN. Mr Sul of Edinburgh pula memesan sotong kering. Berapa paket tak pula dia cakap. Satu cukup kot? :P Manakala Miss Zeq of Bath pula akan ke Itali untuk memikat lelaki Itali yang kacak. Oit Zeq, jadi ke nak pesan keropok?

Tidak sabar. Cepat lah masa berlalu.

Jauh di satu sudut yang terpinggir, ada suara menjerit-jerit: Kau ni, mengira hari nak balik Malaysia, buku EU tu kau dah khatam?

Suara hati majoriti: Ceh! Potong stim betul.

Dan aku cepat-cepat noktah. Baik, fokus sekejap. ;)

24 Comments

1  a.o

janji jangan kau ingkari. ingat tu :-D

Written on December 6, 2007 at 1:37 am

2  sampulnak

wahhhhhhhhh……….. lain kali jangan la tulis makanan dengan detail. x boleh paham dapat plaktu di sini!!!!!!!!!!

ya. ini pesanan penaja (iklan) kepada mereka yang tidak faham betapa nikmatnya makanan di malaysia. jangan ketawakan kami kalau homesick atau tiba-tiba balik ke malaysia hanya sebab seremeh itu.

Written on December 6, 2007 at 1:58 am

3  sampulnak

aku call rumah tadi. macam x jadi plak mau suruh dorang belikan keropok. dorang bz yang amat.

Written on December 6, 2007 at 1:59 am

4  mimi

ahahaha…xleh blah ko ni wawa. stadi woi!

Written on December 6, 2007 at 2:11 am

5  Bat

Hoih..Balik naik belon, sangat sempi, hahaha…Iya, kami pelajar-pelajar di Malaysia memang tak tahu menikmati makanan di sini, sebab dah selalu nampak, hahaha…Tapi kami teringin nak merasa nikmat belajar kat seberang laut, huhuhu…

Ntah bila la U aku nak bawak aku pergi sana, sep betui la..huhu..

Written on December 6, 2007 at 2:12 am

6  kaSyah

Balik Malaysia ke?

Enjoy ur safe journey okeh…

jgn lupa ole2 buat aku ye. ari tu tak dapat..hehe

Written on December 6, 2007 at 2:27 am

7  dk

hoho… meriahnye… aku phm perasaan nk mkn tu.. mcm aku turun airport terus cari KFC.. masa tu ada chicken chop plak tu.. terus lyn.. walaupun dlm flight 2kali dh mkn :p..

SMAKK tu apa sek men. agama kebangsaan kajang? haha tu je aku tau n terpk sbb aku duk kajang.. :p ke kuala kubu eik…oo aku mmg x kenal sek2 asrama penuh ni..

ramai gile kirim barang kt ko.. x lebih muatan ke? aku xde org kirim pun pasti lebih muatan 10-15kg.. :p

Written on December 6, 2007 at 3:16 am

8  Azhar Ahmad

Wah2, selamat pulang! Kamu pulang ke Labuan atau Semenanjung. Kalau semenanjung, marilah join Gathering! Yeee ha…

Written on December 6, 2007 at 3:32 am

9  sampulnak

SMAKK tu smk agama kota kinabalu, wawa kirim salam dengan ariyana nnt :))
*dalam usaha menjadi top commentator*

Written on December 6, 2007 at 9:30 am

10  WaWa

@amna - baek puan!

@sampulnak - hahaha. tanda seru tu. lek la weh. jgn marah. hehe. aku setuju dgn pesanan penaja ko tu. setuju2. hurm. kesian ko. nda pa la, lenkali kot. hihi.

@mimi - ape? hahaha. x sabar dowh. :P
@Bat - ni belon besar oo. ade makan2 lagi. bole tgk tv. bole ngorat pramugara. hihi. ko wat la lawatan smbl belajar ke uni ko.

@kasyah - ole2 ape? aku tgh pokai ni. aku bagi stem je la. hehe.

@dk - kfc yang ko carik? haha. tak thrill langsung. ayam bile2 masa aku leh carik. haha. kalo nak ala2 kfc, pi je la kedai kebab. mst ade ala2 american food kat situ.

@Azhar Ahmad - saya bukan org Labuan. saya Sabah. saya terus balik KK. tapi nanti turun KL gak. ni gath ape ni? hurm..

@sampulnak - haha. murni btol cita2 ko nak jadi top. hahaha. baek2 akn ku sampaikan.

Written on December 6, 2007 at 9:48 am

11  chika

aku tgh menghitung hari.
buat kiraan ke bawah.
sedih.

Written on December 6, 2007 at 9:50 am

12  azreen

hahahhaa… sabar..sabar… adoii la…
kerana sebijik burgEr…hahaha…. hurmmm…. tul tu, ko kena fokus dgn paper ko tu.
Lepas tu, cpt2 laa membungkus nak pulang. hahaha….

restoran stimbot yg amna nk pegi tu kat mane? hurmmm…

Written on December 6, 2007 at 1:41 pm

13  WaWa

@chika - kiraan ke bawah? apa kah maksudnya? hurmm..

@azreen - ko jangan.. bege tu shedap woOo. hihi. balik dari exam je, terus aku membungkus. ko tengok lah. haha. pagi2 rabu tu aku pegi oxford. berfoya-foya, makan2 dan shopping. ptg, dari oxford aku naik coach ke heathrow. haha. tgk, plan aku sudah lengkap! restoran stimbot tu ape nama dia, johny’s ke ape. yg aku tau ada kat jusco yg dekat setapak tu.

Written on December 6, 2007 at 4:13 pm

14  fajar

selamat pulang.
jelesnya. wawa ok la, sorang je. saya kalau nak balik, kena seme sekali. kalau kira2 duit tambang, huhuhuhu. nangis! kena rajin keje part time utk beli tiket. ah, tensen pk duit dlm pound sterling nih.

btw, ttg header tu, sy tak guna sure la guna plugin atau tak. sy just guna theme yg sedia ada. then, kat situ ada function utk display multiple image.

Written on December 6, 2007 at 6:12 pm

15  a.o

jangan aku kata, jangan!

Written on December 6, 2007 at 11:13 pm

16  aria-ayumi

wawa skang dok mane? slamat pulang lah ye *ucap awl2* :)

Written on December 7, 2007 at 4:58 am

17  azreen

jusco setapak? huh? ade ke? jusco kat wangsa maju lahh… ahahahha…
oloh~ johnny’s tu ke? hurmm… skrang kat jusko tu dah ade nandos. dgn laksa shacks yg tak sedap tu…

Written on December 7, 2007 at 5:56 am

18  Amyz

Selamat pulang dan makan yang sedap2 di Malaisi. Best diam di Malaisi ni. Banyak makanan. Bege dengan mayonis dan cheese memang sedap. Akak pun dah terliur sekarang ni. Huhu.

Written on December 7, 2007 at 6:12 am

19  megat

Fokus jangan tak fokus. Sekarang ni dah kat mana!? Rindu makanan di Malaysia kah? ehehe.

Written on December 7, 2007 at 6:20 am

20  WaWa

haaa.. wangsa maju. aku lupa laa nama tempat ‘wangsa maju’ tu. masa aku nak tulis tu kan, aku siap pk lagi. tak leh nak ingat lak. haha. yang aku ingat, ‘wangsa’ je. hahaha. gile kentang aku ni. hoho.

Written on December 7, 2007 at 11:05 am

21  WaWa

@fajar - itu lah. saya kan single mingle, senang sikit lah. situasi en fajar pula lain. bertiga. sabar aje lah ye. next year boleh balik kot kalau ada rezeki, banyak tu tiket murah (selain dari MAS, MAS mahal). saya je mengada mahu naik MAS. haha.

@aria-ayumi - saya di Bucks, UK. terima kasih. doakan tiket saya selamat diterima.

@kak amyz - haa.. betul. shedap tu bege ada mayonis dan cheese. pergh. tak sabar dah nih. malaysia seronok, makanan sedap2. kat sini banyak western. tak menarik pun.

@megat - skrg masih di sini. haha. memang rindu makanan malaysia yang pelbagai tu.

Written on December 7, 2007 at 11:10 am

22  Qaiyum

Knape Nak Balik Malaysia? Saya Ingin Melancong Lagi Ke Luar Negara. Walaupun Cuti² Malaysia Tapi Saya Ingin Bercuti Ke Eropah.. Uuu..

Written on December 7, 2007 at 6:58 pm

23  Saya milik kamu at FaWaRi dot net

[…] Contact � Menanti dengan tidak sabar […]

Written on December 8, 2007 at 2:42 pm

24  gie

selamat pulang ke Malaysia…sempat lagi kan…? :)

Written on December 9, 2007 at 11:32 am

Leave a Comment