Malaysia 44
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Dalam entri Kemerdekaan Lima Puluh, ada pembaca yang memberi ucapan “Happy Birthday Malaysia“. Secara teorinya memang tidak salah. Tetapi secara praktikalnya, Malaysia memang tidak pernah wujud sebelum 16 September 1963. Haneza kata saya skema bila saya betulkan ucapan beliau itu di YM. Jika diikutkan, isu saya skema atau tidak sama sekali tidak timbul kerana kita melihat pada fakta tarikh. Saya cuma membetulkan apa yang kurang tepat saja.
Saya pernah menulis perkara yang sama tahun lepas. Biar saya ringkaskan begini1. 31 Ogos 1957 adalah tarikh di mana Perseketuan Tanah Melayu yang kini Semenanjung Malaysia mendapat kemerdekaan daripada British. Suka atau tidak, Sabah dan Sarawak pada ketika itu masih lagi dibawah pemerintahan British sehinggalah pada 16 September 1963 di mana secara rasminya Sabah, Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura sama-sama membentuk Malaysia (dan Singapura keluar dari Malaysia pada 1965). Pada tarikh itu juga, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan dari pihak British.
Saya juga pernah menulis dalam entri ini mencadangkan agar 16 September bukan saja dijadikan cuti umum untuk Sabah dan Sarawak, tetapi juga kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Sudah sampai masanya untuk kita dedahkan kepada generasi sekarang akan perbezaan dua tarikh ini, yang bukan saja 16 September tu penting kepada Sabah dan Sarawak tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Idea dan mentaliti bahawa Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia perlu dihapuskan sama sekali, dan kenyataan segelintir rakyat Malaysia di Semenanjung seperti yang pernah diceritakan oleh Zeq dalam entri “Pernah Sampai ke Malaysia” sepatutnya tidak wujud sama sekali.
Saya sendiri pernah ada pengalaman berhadapan dengan rakyat Malaysia cetek akal seperti ini. Beliau menanyakan saya dengan soalan, “Dah berapa tahun kat Malaysia?”. Saya tidak segera menjawab sebaliknya mempamerkan reaksi wajah terperanjat sebelum beliau mengubah soalannya kepada “Dah berapa tahun kat KL?”. Pada masa itu baru lah hati saya terdetik bahawa rupanya masih ada orang yang mempunyai mentaliti sebegini. Adoi!
Semenanjung Malaysia sudah merdeka 50 tahun. Jadi mengapa sebenarnya masih wujud mentaliti seperti ini? Tolonglah! Jangan merdeka hanya negaranya, tetapi rakyatnya juga perlu merdeka.
Selamat ulangtahun ke-44 Malaysia, Selamat menyambut kemerdekaan ke-44 Sabah & Sarawak dan Selamat hari kebangsaan!
Tambahan: Jika ada yang kata 16 September 1963 tu adalah tarikh KEMASUKKAN Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, samada secara teori atau praktikal, ayat tersebut adalah salah.
Footnotes:- Lihat Malaysia 43 [↩]