31
Kembara Santai #2 2007
Published by WaWa, under Blog. 14 Comments.

Hari ini hari terakhir 2007. Esok kita akan menginjak ke tahun 2008. Semua orang sedang sibuk pasang azam tahun baru, dan ramai juga yang melupakan azam tahun 2007 yang sesetengahnya belum pun tercapai. Saya sungguh jarang membina azam setiap kali tahun baru. Lebih suka go with the flow saja. Tetapi dalam entri 2007 saya yang pertama, saya ada mendoakan agar tahun ini akan lebih baik, maju dan berjaya.
Untuk kesinambungan Kembara Santai #1 yang saya tulis awal Julai lepas, ini saya turunkan perkara-perkara menarik dari Julai sehingga Disember yang boleh saya highlight kan.
Julai
England memulakan bulan Julai tahun ini dengan menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di premis-premis seperti bar, restaurant, hotel, ofis, universiti, sekolah dan tidak ketinggalan juga hall of residence. Motif utama penguatkuasaan ini adalah untuk mencegah asap-asap rokok disedut oleh second hand smoker. Julai memperlihatkan saya melanggan Google Reader dengan begitu setia, setiap hari membaca berita-berita mengenai kerajaan baru pimpinan Gordon Brown, meneliti dan memahami polisi-polisi yang diperkenalkan oleh Brown, found out bahawa terdapat perjanjian 10 tahun antara Blair-Brown. Bulan ini juga mengajar saya bahawa orang Arab tidaklah seteliti yang disangka. Konsep “kecuali babi” yang diamalkan kebanyakkan orang Arab dan Muslim dari negara-negara lain sungguh mengejutkan. Ibarat, belasah je semua jenis daging kecuali babi walaupun tidak disembelih menurut Islam. Bila ditegur, dikata pula saya ni ekstrimis agama dan dengan bangga mengatakan mereka Arab lebih memahami bahasa Al-Quran. Bodoh!
Ogos
Kerana terlalu banyak mencari, membaca, merujuk dan menulis untuk dua tugasan yang memerlukan komitmen 200% serentak, saya mengalami mental block selama hampir seminggu. Selepas selesai menulis esei mengenai Brown, saya betul-betul buntu untuk menulis esei mengenai tugasan tentang perbezaan mahkamah syariah dan mahkamah sivil di Malaysia. Sampaikan saya terpaksa memaksa otak saya untuk ligat berfikir menulis draf esei untuk tugasan itu. Bayangkan tanpa ada proof read, dan struktur yang tidak tersusun, saya submit saja. Nasib baik draf tu tak adalah teruk sangat pun. Untuk draf akhir, saya ubah hampir keseluruhan struktur esei saya tu, sebab otak dah tak block lagi. Hehe. Akhir bulan Ogos, semua pelajar yang tinggal di hall of residence berpindah keluar kerana tamat kontrak dan pihak universiti mahu menambah baik pulih kemudahan di hall. Saya yang tidak ada tempat berteduh bernasib baik kerana ada kawan yang mahu menumpangkan rumah mereka sementara saya mencari rumah sendiri.
September
Berkesempatan ke Stonehenge di Amesbury, Salisbury untuk melihat batu-batu aneh yang sehingga hari ini mitos bagaimana boleh terjadinya stonehenge ini dan kenapa dibina stonehenge berkenaan masih tidak dapat disahkan. 13 September membuka sejarah baru apabila itu adalah kali pertama saya berpuasa di luar negara seorang diri. Nasib baik juga lah ada Muza dan Mamado yang berpuasa bersama-sama saya. Kalau tak, memang rasa sunyi gila. Tidak banyak perkara yang berlaku, cuma saya berpindah dari Oxford ke Buckingham dan menyewa apartment satu bilik di Nelson St.
October
Hari raya paling bosan pernah saya lalui. Jujur saya katakan, saya langsung tak ada perasaan untuk berseronok di hari raya. Tiada feel kata mat salleh. Dah lah tu, sunyi pula tu. Hari raya pertama saja saya pakai baju raya sampai tengah hari. Raya kali ini juga baru saya tahu yang di UK, pengisytiharan hari raya bukanlah serentak. Ia dilakukan oleh masjid-masjid atau Islamic centre (tolong betulkan jika saya tersilap) bagi setiap town. Contohnya, London menyambut raya pada hari jumaat 12 Oktober dan ada tempat-tempat lain menyambut pada 13 Oktober, seperti di tempat saya.
November
Tiada cerita menarik. Hanya sibuk dengan tugasan, kuliah dan tutorial. Saya mula merasa kebosanan di Buckingham. Saya selalu mengadu off the record kat Amna, yang saya tidak berapa boleh get along dengan coursemate di sini. Mungkin masa di Oxford tu saya lebih banyak bergaul dengan pelajar-pelajar international tetapi di sini, grup yang saya selalu “ter-join” tu adalah local people, kalau bukan English, antara mereka mesti British. Ada yang tak percaya kot kalau saya kata, saya tak banyak cakap. Mereka melihat saya sebagai seorang pendiam. Haha.
Disember
Kuliah, tutorial, case class dan seminar dah habis. Cuma menghitung hari untuk exam saja. Saya bertuah untuk term ini sebab cuma ada satu paper saja. Lepas habis exam pada 11hb, 12hb tu terus saya balik Malaysia. Sampai kat KLIA pada 13 Disember petang dan malam tu juga ambil flight ke KK. Hanya beberapa hari saja di KK, saya ke KL pada 20hb, 3 hari lebih awal daripada rancangan asal. Saya ke KL lebih awal adalah untuk mengurus visa adik saya yang juga akan ke UK bersama-sama saya nanti, sebab itu lah saya dijadualkan pulang ke UK lebih awal. Bulan ni juga saya, Mimi, Aimi dan Azreen buat trip ke Bukit Merah (dan Penang) selama tiga hari dua malam. Seronok! Entri tentang trip akan menyusul tahun hadapan. Haha. Hane yang tidak pulang bercuti hanya mampu melahirkan rasa cemburu, kan Hane kan?
Kan, cepat betul masa berlalu. Memang tak sedar pun. Secara peribadi, bagi saya tahun ini adalah tahun permulaan yang baik untuk akan datang. Nama pun dah jadi pelajar universiti kan. Tak lama lagi dah kerja dan apa semua, sebab tu saya mendoakan agar tahun baru yang akan datang ni lebih baik dan berjaya. Untuk tahun 2008, saya ada juga pasang azam peribadi. Tapi biarlah saya simpan untuk diri sendiri. InsyaAllah… sama-sama berdoa dan berusaha agar azam kita tercapai.
Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan FaWaRi dot net.

The Kembara Santai #2 2007 by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
14 Comments
2 mimi
tuh dia…percubaan membayar segala hutang entri…sudah terbayarkah? hihihi
Written on December 31, 2007 at 2:53 pm
selamat tahun baru.
makin tua la pula
Written on December 31, 2007 at 3:26 pm
4 azrn
slamat thn baru 2008!!! hahahahhaa…
semoga mendapat keuntungan yg lebih besar next year.
ermm…
di saat aku taip comment ni, aku baru je dpt koneksi.
truk kan ?? haih~ sabar je la..
Written on December 31, 2007 at 3:52 pm
5 syia
selamat tahun baru ![]()
keep up menulis blog ye.. syia rajin membaca ![]()
Written on January 1, 2008 at 1:03 am
6 WaWa
@dk - takde lah hebat pun. nasib baik ade blog. haha
@mimi - tak terbayar lah. kate pun xde koneksi kan. haha. kalo bukit merah ade koneksi, hari2 aku up cite bukit merah. haha.
@sampulnak - betul tu. terasa makin tua.. aih..
@azrn - selamat tahun baru juga! aku masih ternanti2 entri tahun baru ko.
@syia - selamat tahun baru! terima kasih kerana datang melawat. ![]()
Written on January 1, 2008 at 1:56 am
7 ryann
salam tahun baharu.
Written on January 1, 2008 at 2:11 am
8 razifmustapha
keep it up the good work. hapy new year 2008 and cool selalu. just look foward and don’ look back
Written on January 1, 2008 at 4:10 am
9 megat
Selamat Tahun Baru 2008!
Harapan semoga segala kehidupan anda bertambah ceria dan menarik. Anda yang tentukan sendiri perjalanan hidup anda. Dan dirahmati Allah. Amin
Written on January 1, 2008 at 4:25 am
10 silentleo
Ehm..apapun. Selamat tahun baru dan tercapai apa yg hendak di capai!
Written on January 1, 2008 at 10:26 am
11 haneza cunss
Hane yang tidak pulang bercuti hanya mampu melahirkan rasa cemburu, kan Hane kan?
Bunyi mcm gembira je tanpa ak….hummm…
walaubagaimana pon slmt tahun baru n semoga kite kekal cunn…hahah…
x tahan~
haaa jgn lupe latak entri pasal trip yg korunk g tanpa ak 2..
huhu~n jgn lupe letak gamba sekali~
maw lihat berapa bahagia korunk TANPA ak…
ngehs2~
daaa n slmt bertahun baru~
Written on January 1, 2008 at 11:36 am
12 WaWa
hane ni kesian betol la. memang jeles gile ke? haha. kesian2.. xpe. nntkan entri kitaorg. huhu..
Written on January 1, 2008 at 11:57 am
13 Azhar Ahmad
Wawa, ekstrimis agama tu… Ahahahha
Written on January 2, 2008 at 4:12 am
14 mixterr
selamat tahun baru…best la la komen kat sini ade preview lagi!! ![]()
Written on January 2, 2008 at 4:26 am
1 dk
hebat ko leh ingat setiapnye..
n rajin mengarang..
harus kah aku wat entry seperti ini..
mcm semua org ada entry conclusion sperti ini..
mcm menarik..
Written on December 31, 2007 at 2:11 pm