03
Kembara #1 2007
Published by WaWa, under Blog. 30 Comments.
Rasanya baru semalam kita menginjak ke tahun 2007. Masa begitu pantas berlalu, tanpa sedar kita sudah pun berada di pertengahan tahun 2007. Entri kali ini mengupas secara santai catatan perjalanan kehidupan saya untuk enam bulan yang pertama.
Januari. Saya kira tiada yang menarik sebenarnya jika tidak kerana sepucuk email yang saya terima. Sangat gembira. Email itu yang mengubah titik tolak perjalanan hidup saya selepasnya. Walaupun agak kelam kabut, dan saya hampir-hampir tidak sempat untuk menguruskan dokumen perjalanan dan segala persiapan tapi alhamdulillah, selamat juga sampai di tempat yang dituju. Nasib baik selepas tahun 2002, tempoh untuk membuat dan memperbaharui passport telah dipercepatkan menjadi satu hari. Kebetulan passport saya hampir tamat tempoh pada April lepas, jika tidak diperbaharui. Hati saya sebenarnya berbelah bagi. Mahu pergi atau tidak? Boleh atau tidak saya survive di sana?

Februari. Saya dalam proses menyesuaikan diri. Dengan cuaca, dengan persekitaran, dengan bahasa, dengan budaya, dengan masyarakat, dengan makanan dan dengan pengajian. Pada permulaan, segala-galanya asing bagi diri saya. Saya tidak kenal sesiapa, saya tidak tahu apa-apa. Dalam bulan ini juga saya berpeluang merasai dan memegang salji! Yay! Sehari sebelum salji turun, suhu serendah -4*C. Gila! Itu sajalah yang mampu saya katakan pada waktu itu, sambil terketar-ketar. Jari jemari dan bibir merekah akibat cuaca sejuk.

Mac. Baru saja boleh menyesuaikan diri dan biasa dengan keadaan sekeliling. Dengan kemudahan bas pass yang diberikan, memang tiada masalah mahu kemana-mana. Jika pun perlu membayar, saya hanya membayar dengan kadar separuh harga. Berpeluang menyertai lawatan ke House of Lords di London dan beramah mesra dengan Lord Low of Dalston serta minum petang bersama. Lord Low adalah seorang buta semenjak lahir lagi, dan ia merupakan satu penghormatan kepada rakan saya kerana sepanjang sesi minum petang, beliau berpeluang untuk menyapu mentega di atas roti Lord Low. Heh, anggaplah macam kau sapu mentega di atas roti err.. Pak Lah, contohnya?
. Oh ya! Lord Low pernah ke Malaysia dan beliau kagum dengan hasil pembinaan sebuah bandar baru (baca: Putrajaya) di Malaysia.

April dan Mei. Masa kritikal dengan tugasan-tugasan yang perlu dihantar sebelum tarikhnya. Keadaan meja belajar memang tidak teratur lagi. Saya juga sudah mula muak dengan makanan yang ada di sini. Kerana dapur di tempat tinggal saya dikuasai sepenuhnya oleh rakan se-flat daripada negara-negara Eropah, saya jarang masuk ke dapur. Sangat kotor dan busuk. Saya hanya akan ke dapur untuk mengambil kunci peti surat atau pun surat-surat yang diambil dan diletakkan di atas meja. Seringkali saya dapati mereka mendapat memo daripada Hall Manager untuk membersihkan dapur. Makanan saya? Sandwich setiap hari. Jika sebelum ini salad tidak akan mendapat perhatian saya, di sini ia menjadi makanan kegemaran saya sampaikan kawan-kawan menganggap saya ini vegetarian.
Jun. Musim panas. Tetapi suhu masih lagi sejuk. Setiap hari matahari tidak memancar dengan terik. Keadaan cuaca juga berubah-ubah. Jika 5 minit hujan, 5 minit kemudian akan cerah semula atau kemudian menjadi hujan panas. Waktu siang juga menjadi semakin panjang. Saya yang baru saja kembali dari Malaysia untuk beberapa minggu mulanya tidak biasa dengan keadaan sebegini. Lebih kurang pukul 7pm waktu tempatan saya sudah mengantuk, sedangkan waktu Asar baru saja masuk. Paling lama saya boleh bertahan hingga pukul 10pm, iaitu ketika matahari baru saja terbenam. Penghujung Jun, saya genap berusia 20 tahun.
Tamat catatan kembara santai yang pertama. Mahu baca lagi? Jika anda berminat untuk membaca kehidupan sehari-hari seorang pelajar Malaysia di UK, anda boleh melawat blog seorang senior blogger di Fajar Seluas Angkasa. Setiap catatan pengalamannya ditulis dengan detail, terutama entri-entri yang ditulis ketika mula-mula menjejak kaki di Glasgow. Anda pasti akan turut sama merasai dan membayangkan setiap apa yang dialaminya.
Hurm.. saya agak anda tentu mahu melihat satu lagi gambar yang diambil ketika salji turun, februari lepas? Nah.. satu cukuplah.

2007, satu permulaan yang menarik kan?
Disclaimer: Kecuali gambar salad, gambar-gambar lain bukan hak milik FaWaRi.Net.

The Kembara #1 2007 by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
30 Comments
2 fareez
waa.. nak tanyer. cik fawari kte blajar kat mane skang?
Written on July 4, 2007 at 12:49 am
3 WaWa
sori. edit sikit komen ko. hoho. jepang tu, jepun ke? :p bek ko dtg sini men salji dgn aku. hehe.
Written on July 4, 2007 at 1:10 am
4 kaSyah
haha….cam besa la jepun…huhu…
huhu ko dah ajak gi sana..kena start kumpul duit ni..hehe
Written on July 4, 2007 at 2:26 am
answer the question… warghhh… ilang komen ako huhu
kini ada kategori baru ya, santai sekali. masa yang baik itu selalunya pergi dengan begitu pantas. aku tingin sekali ke UK, ntah bila akan sampai tak tahu la.
ps: menatang yg last sekali tu aku rasa pernah nampak dekat kasyah.com hehe
Written on July 4, 2007 at 3:47 am
6 Iz
kat Jepun ada salji gak ek?
heh
tu ar.. cik WaWa ni skarnag stady kat mana neh?
Written on July 4, 2007 at 7:06 am
7 azrn
lupakan saja hasrat pertanyaan ini. hehehe….
Written on July 4, 2007 at 8:39 am
8 azrn
hehe..aku pikir ko yang tolak kereta tu. kekekekeh… *mcm keta mr. bean*
anyway, bkn ke dlm bulan 5,2007 ko wujud di bumi malaya ni? hmmm…
Written on July 4, 2007 at 8:41 am
9 rasso
Huhuhu…
komen santai hr nie dari saya
Written on July 4, 2007 at 8:52 am
10 kaSyah
ada ke?hahaha mesti la ada.
ohh cik fawari study di sana…huhu…gi mana mahu bagitau ye…
watever pun kalo ko baca post ini awal2..pastinya cik fawari telah tertunjuk satu gambar yg boleh jadikan ia satu klu di mana cik fawari skrang…hehe.
Written on July 4, 2007 at 10:21 am
11 WaWa
ala.. diam-diam la kasyah. haha. aku tersilap aa.. haha. ni sebab ko punya komen la aku tukar gambar tu. haha.
Written on July 4, 2007 at 10:38 am
12 WaWa
makcik, memang la. sebab tu aku gabung april dan mei. cuba tengok catatan bulan jun. aku ada ckp, aku baru balik dr malaya la untuk beberapa minggu. hoho.
Written on July 4, 2007 at 10:39 am
13 WaWa
azrn, aku boleh upah ko jadi tukang jwb komen aku. haha.
Written on July 4, 2007 at 10:40 am
14 WaWa
soalan mane? haha. weh.. ape komen ko yg hilang? mana-mana?
ke tak pass math lagi? hehe.
catatan santai hanya akan ditulis 2 kali setahun. :p
p/s: menatang yg last sekali tu aku tak amik dr kasyah.com. aku amik dr bbc. hoho.
Written on July 4, 2007 at 10:41 am
15 amna
hoho. aku pon nak bersantai sambil menulis komen. *tingg* segak tak gaya santai menulis komen aku? hmm, aku rase ko x nampak pon aksi ngeri aku sebentar tadi. bayangkan saja seperti optimus prime. haa, mcm tu la gaya aku buat td. keke. selamat santai!
Written on July 4, 2007 at 10:51 am
16 zaki
Waktu aku duk Uk dulu, memang syiokkkk…So far, aku memang takde masalah makanan….infact aku suka makanan sana….aku rasa, wawa, ko kena explore lagi tempat kat situ…byk tmpt makan muslim esp pakistani atau yaman punya orang,….ada jual nasi, kebab etc….maybe ko dah pernah jumpa,,,maybe not….
welll….time nie sepatutnya dah tak sesejuk awal tahun dulu…this time is the best weather of the year…ada sunshine but angin sejuk yang bertiup buat lagi best dan nyaman….tempat ko tu rata, so ko boleh cycling dan berenti amik gambar kat tempat yang ada byk rumput carpet cantik dan bunga colourful yang byk….
then share it in ur blog….aku bet ramai orang kat sini nak tgk…..
Written on July 4, 2007 at 2:45 pm
17 sampulnak
heheh… wawa, jangan la berahsia ko di mana?
aku pon mau melawat2 tempat ko jugak
Written on July 4, 2007 at 3:17 pm
18 minci
ahaha.. sekali wawa ckp jer dia study kat mana.. esok jugak aku tempah tiket bas nk gi melawat..
Written on July 4, 2007 at 3:25 pm
19 kaSyah
menatang ini kalo ko masih ingt entri pasal aku yg x hensem tu…haha
fawari amik ni anak2 die ..kui2
Written on July 4, 2007 at 3:44 pm
20 kaSyah
hehe…xpe2..ko masih sempat cover lagi…hurmmm misteri sungguh tmpat belajar ko ni…hehe
Written on July 4, 2007 at 3:46 pm
21 dhiey
alah..senang je kalu mo tau cik fawari ni study mana, tinggal di mana..
Sila hantarkan sbrg pertanyaan anda ke email peribadi sy.. *lalalala!~
Written on July 4, 2007 at 4:32 pm
22 WaWa
sebenarnya, mmg la ada je mknn pakistani, yaman, turkish, saudi.. haha. tapi mkn kebab hari2 jadi tambah gemok lak. lgpon aku mls nak amik bas jauh2 g tempat tu. city centre byk indian restaurant yg halal, tapi mahal la dei..
oh. mmg la. sepatotnya dah musim panas. tapi mgkn sebab cuaca tak menentu, hujan aje tiap2 hari. haha. kdg panas, kdg sejuk. sabo je la.. mane tau tempat aku rata? hahaa..
Written on July 4, 2007 at 5:16 pm
23 WaWa
weh. aku x penah btau ko ke? haha. nnt la.. kita cite2.. :p
Written on July 4, 2007 at 5:17 pm
24 WaWa
betol nih? kalo x dtg, camne? haha..
Written on July 4, 2007 at 5:17 pm
25 WaWa
aik.. repot kat kak net nnt.. jaga la.. diam2 sudey.. hehe..
Written on July 4, 2007 at 5:19 pm
26 WaWa
amna, kau ni kdg2 misterius. haha. aku rasa ko bole buat entri klaka psl diri ko saja. dan, utk perbandingan, ko bole cite psl hane. haha.
Written on July 5, 2007 at 12:19 am
27 coops
bestnya salji. bestnya UK. wawa, nnt kalau i gi london, i tak kira..u jauh ke, dekat ke..kena jugak bawak i at least gi satu tpt menarik, *gelak evil*
Written on July 5, 2007 at 4:36 am
28 WaWa
mane la tmpt yg menarik ek? haha. tatau la. lagi2 kalo kat london tu. haha.
Written on August 1, 2007 at 11:50 am
29 markofando
Want to start your private office arms race right now?
I just got my own USB rocket launcher
Awsome thing.
Plug into your computer and you got a remote controlled office missile launcher with 360 degrees horizontal and 45 degree vertival rotation with a range of more than 6 meters - which gives you a coverage of 113 square meters round your workplace.
You can get the gadget here: http://tinyurl.com/2qul3c
Check out the video they have on the page.
Cheers
Marko Fando
Written on October 3, 2007 at 1:11 am
30 Kembara Santai #2 2007 at FaWaRi dot net
[...] kesinambungan Kembara Santai #1 yang saya tulis awal Julai lepas, ini saya turunkan perkara-perkara menarik dari Julai sehingga [...]
Written on December 31, 2007 at 12:58 pm
1 kaSyah
catatan pengembara di bumi asing…wow..goodluck study kat ****** tu… aku masiih bercita-cita ke jepang…lepas habis study di mesia..haha…
nak main salji..huhu
Written on July 4, 2007 at 12:33 am