Internet stabil yang saya janjikan minggu lepas nampaknya macam tak jadi je. Saya dah tinggal kat luar, bukan lagi di hall of residence. Rancangan asal untuk dapatkan koneksi internet sendiri tapi kerana disebabkan kawasan saya adalah non-cable area, maka saya tidak dapat gunakan servis Virgin Media untuk dapatkan koneksi internet. Cara lain (dijamin 100% berkesan) untuk memastikan saya dapat memasang internet adalah dengan memasang dahulu talian telefon BT. Buat masa sekarang, saya terpaksa berkompromi dengan diri sendiri kerana saya tidak mahu membuang £125 begitu saja hanya untuk memasang talian telefon yang pasti tidak akan saya gunakan selain kemudian membayar £11 setiap bulan sewa.
Sekarang saya hanya bergantung harap dengan kemudahan internet di universiti selain konon mengharapkan agar ada koneksi tanpa wayar di luar sana yang saya boleh ‘pinjam’. Adoi, sadis! Untuk menghilangkan bosan di rumah (kerana belum ditimbuni dengan tugasan-tugasan), saya mengulang tayang siri Ally McBeal untuk kali kedua dan juga menguji ke-power-an suara dengan SingStar. Bagi yang tak tahu, halakan browser anda ke google.com dan google perkataan ‘SingStar’.
WaWa hari ini adalah WaWa yang baru. WaWa hari ini sudah berada di Buckingham, bukan di Oxford lagi. Jika anda tanya kenapa, jawapan saya hanyalah, kerana saya mahu bertukar angin, hendak merasa suasana sunyi pengajian. Itu saja. Tapi saya akan selalu ke Oxford kerana Buckingham tidak ada kedai daging halal. Nak ke Aylesbury tidak lah saya ketahui tempat itu, hal yang sama di Milton Keynes. Baik saya ke Oxford saja, sekurang-kurangnya saya tahu arah mana saya perlu tuju untuk mencari barang-barang yang saya perlukan. Hoho. Jarak perjalanan hanyalah lagi kurang satu jam.
Rancangan hari raya? Yang ada dalam organizer saya, hanyalah pagi raya saya akan ke Bath. Siapa ada jemputan rumah terbuka, janganlah malu-malu jemput saya ye. Agak-agak, Malaysia Hall ada rumah terbuka tak? OK juga kalau ada, sekurang-kurangnya sambutan Aidilfitri pertama saya di sini boleh dikenang juga.
InsyaAllah, entri seterusnya saya ceritakan satu cerita menarik. Akan datang. Sampai nanti.
uhh, seronok baca kisah pelajar di perantauan…
wei, malaysia hall mesti ada buat raya punya.cuma aku macam malas sikit, membayangkan kena jumpa budak2 kolej. kalau nak stay sana(malaysia hall) raya better book accomodation awal2.
bagus juga rancangan ke london, sebab bath punya jamuan agung besar-besaran hari raya dibuat 20hb,
ala weh, jangan lah malas-malas. samsul pun macam plan g london juga tu. jom lah, jom lah.
hurmmm… kalau aku dapat cuti dari kerja, aku mau jua pgi. yg penting ada geng…. aku risau ni macam bodo2 sana, kenal org tapi teda geng.
bah, bah. aku jadi geng ko. jangan risau. hehe. jangan jak masa raya, aku datang bath, ko pergi kerja. haha.
keh keh keh..melayan ko ek singstar. hahaha…
urmm… apa beza wawa oxford n wawa buckingham? :p
ade la beza. hehe.
aku taw apa bezanya!!! ngah ngah ngah..
bes weh buckingham. lebih bes dari london :p
haha. ya ritte. aku mcm 101% sure yg ko cube nak perli aku, kan? adoi!
wawa…sebab aku xtakpenah tggal kat uk so aku nak tanya… buckingham dgn oxford tu sebelah2 ke? jauh ke dekat?
ohh aku nak pesan..aku buat open house raya. datanglah…kihkih..
dekat je. naik coach dalam 40-45 minit je. hoho. buckingham pengantara oxford dan cambridge.
ohh begitukah.. ko xde kelas hari2 ke?
kasyah, dia dah tukar university jugak.
hihii.. sampulnak boleh sign up jadi assistant aku utk jwb p’tanyaan2 kat sini. hahahaa..
btw, kalo aku xde kelas hari2, maksudnya x blaja la tu. bek aku blk msia.
Hohohohop, saya pun perlukan ketenangan….