Blog FaWaRi dotNET

Kemaskini Pantas IV

with 22 comments

Sedang menonton The Guardian, kemudian M memecah keheningan suasana.

M: M2, kalau kawan baik kau mati dan meninggalkan isteri berusia 23 tahun, serta anak-anak, adakah kau akan kahwini isteri kawan baik kau untuk mengambil alih tanggungjawab?

M2: Kalau dia menepati citarasa aku, kenapa tidak?

M: F, macammana pula dengan kau? Kononnya kau baru 23, dan apabila kawan baik suami kau datang melamar kerana merasakan adalah tanggungjawabnya untuk menjaga kau, adakah kau terima?

F: Errr… susah nak cakap! Haha. Tapi, serius, kemungkinan itu tidak tinggi. Kau?

M: Aku akan kahwin dengan isteri kawan baik aku, sebab aku rasa itu tanggungjawab aku.

Senyap lagi, sambung menonton The Guardian.

F: Senang je kau cakap nak kahwin, macammana pula kalau kau memang dah kahwin, pernah terfikir perasaan isteri kau?

M & M2: Errr…

F: Tipikal lelaki. Tau nak kahwin leebiihh je.1

M & M2: (Terus senyap)

Footnotes:
  1. Tiada niat untuk menegangkan suasana, ungkapan ini diucap hanya sebagai gurauan. Jangan marah ye []

Written by WaWa

September 10th, 2007 at 3:42 pm

Posted in Blog