Blog FaWaRi dotNET

keadaan yang sudah berubah

without comments

Sekarang ni susah nak update blog atau check email atau check ym atau check friendster sebab kat rumah sewa yang sekarang ni tak ada internet.

Banyak perkara boleh ditulis atau diceritakan tetapi masa dan keadaan agak tidak mengizinkan. Walaupun begitu, ada perkara yang sudah lama begitu dan ada yang dilupakan, berubah kerana mungkin peredaran masa yang semakin mematangkan kita. Saya bukan lagi Wawa yang dulu. Anda juga bukan lagi anda yang dulu. Hari semakin hari semakin berubah. Pengalaman dan kehidupan sehari-hari yang kita tempuh, walaupun kita tidak menyedarinya, banyak yang tidak lagi sama. Sebagai manusia biasa, kita jugalah yang meminta dan mahukan perubahan.

Hubungan sesama insan, kejayaan dalam pelajaran atau kerjaya, kehidupan yang semakin baik, impian yang tercapai – semua itu mencorak kehidupan ke arah yang positif dan sebaliknya juga boleh berlaku. Dari diri saya sendiri, saya juga mengimpikan sesuatu yang positif dan memberi kebaikan bukan saja pada diri saya, juga pada mereka disekeliling saya. Tetapi yang paling penting, kita sendirilah yang mencorak kehidupan. Jika pilih hitam, hitamlah jadinya. Jika pilih putih, maka putihlah jadinya.

Ada masa terluang dan berpeluang untuk berkongsi suka duka kehidupan, insyaAllah akan saya coretkan lagi disini. Sehingga itu, salam ukhwah kepada semua rakan-rakan.

Written by WaWa

September 10th, 2006 at 1:43 am

Posted in Blog