Jauh Di Suatu Sudut Strategik
Setiap kali ke library, biasanya saya akan melepak di tempat yang sama. Favourite place, kata orang putih. Ruang di dalam gambar diatas sebenarnya adalah ruang bacaan suratkhabar, tapi saya selalu lepak di sana untuk membuat kerja-kerja saya. Kenapa agaknya? Lihat sajalah: ada komputer yang mempunyai connection internet super laju; komputer khas untuk library catalogue; mesin fotostat dan suratkhabar baru dan lama. Bukankah itu sempurna? Tambahan, selalunya ruang ini kosong saja menjadikan ia satu tempat yang sungguh strategik. Nak jawab panggilan telefon pun, tak perlu cakap separuh berbisik. Haha. Jika ada pun makhluk yang datang, hanyalah kerana mahu menggunakan mesin fotostat. Bagi saya, perfect!
Anda pula, apa favourite place anda di library?