21
Ini adalah cerita-cerita pendek
Published by WaWa, under Blog. 12 Comments.
1. Satu sebab kenapa saya tidak menulis entri khas tentang ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-45 dan hari kemerdekaan Sabah dan Sarawak pada 16 September lepas adalah kerana kononnya mahu menunggu rancangan yang digembar-gemburkan kepada seluruh dunia itu. Pelan asal saya adalah mahu menulis se-entri yang merangkumi dua peristiwa awal yang saya sebutkan dan juga rancangan besar-besaran yang akhirnya tak jadi itu. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak pernah tahu betapa obsesnya saya terhadap tarikh 16 September, bolehlah lihat (dan baca jika mahu) di entri-entri ini: Malaysia 43, Cuti 16 September, Malaysia 44.
2. Pendapat peribadi tentang situasi politik Malaysia sebelum dan selepas 16 September telah siap ditulis separuh. Tetapi saya sudah hilang mood. Oleh itu, saya berkemungkinan tidak akan menghabiskan tulisan tersebut sekaligus tulisan itu tidak akan dipaparkan kepada umum.
3. Tahun ini masuk tahun kedua saya tidak menerima sekeping pun kad raya. Nampaknya saya sudah tidak popular. Sedihnya. Sekarang ini saya sudah desperate. Sekeping kad raya digital pun bolehlah. Tapi kad raya yang diposkan lebih dihargai kerana bukan saja lebih cantik (serta unik), malah ia boleh disentuh dan saya (akan, insyaAllah) menyimpannya sampai mati (seperti kad-kad raya yang saya terima beberapa tahun dulu masih lagi disimpan rapi).
4. Saya bercadang untuk memblog di tempat baru. Saya merasakan blog fawari ini tidak niche, dan banyak benda merepek yang ditulis. Oh, tetapi bila difikirkan, tulisan-tulisan merepek yang tarikhnya dari 2005 itu adalah tulisan-tulisan tumbesaran saya. Alangkah bertuahnya jika saya masih mempunyai tulisan-tulisan dari tahun 2002 itu. Mungkin 20 tahun lagi, jika saya masih simpan salinan tulisan-tulisan di sini, saya akan ketawa dan berkata, “oh, betapa bodoh dan naifnya saya dulu”. Mungkin ya, mungkin tidak.
5. *baru* Memandangkan poin ke-empat saya yang sangat mencacap dan desperate, maka saya perturunkan alamat saya disini untuk dikirimkan sekeping kad raya. Dah dipapar alamat ni, sila-lah hantar kad ye Pleaseee… Hahaha.

Hantar ye, ye.. Okay!

The Ini adalah cerita-cerita pendek by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
12 Comments
takyah buka tutup. simpan je semuanya. alamat awk saya takde ye wawa. gimana mau kirim kadnya?
Written on September 22, 2008 at 1:28 am
berikan alamt emel kamu. satu ekad akan ku layangkan kepada kamu…
Written on September 22, 2008 at 2:27 am
4 WaWa
amna: nak bukukan buat apa kalau ko sorang je beli? hahaha. aku dah twit alamat aku, ataupun ko leh cek emel. haa.. kalau x dapat gak kad dari ko, tak tau lah.
tentangseseorang: nak hantar kad raya ek? hoho. nnt saya emel alamat.
aeropama: saya dah hubungi anda melalui contact me di blog untuk emel itu. ![]()
Written on September 22, 2008 at 10:43 am
5 mims
haa..ko nak kad raya juga ke? aku tgh buat ni…handmade tau…bak alamat ko..heh
Written on September 22, 2008 at 11:16 am
6 WaWa
mimi: uik. semua nak hantar kad raya. sat aku apdet jap entri aku ni. papar alamat rumah aku. haha.
Written on September 22, 2008 at 11:21 am
7 dk
ko aku rasa mmg sgt berminat dgn isu politik ni…
mmg amat mengecewakan bila 16 sept x jadi apa2…
kwn aku status ym dia siap tulis…
Berita terkini : Anuar berjaya menambah 42kerusi, 17kerusi dari Ikea, 15kerusi dari Couth Memoth dan 10kerusi antik dari sumatera indon pemberian Gus Dur…
Written on September 22, 2008 at 5:11 pm
ok sudah pos…tunggu je la yer ![]()
Written on September 23, 2008 at 6:10 am
9 azrn
slamat ari rayee~
ehehehEhe… aku kan, pon nak kad raye. huhuuhu…
aku paham, bila dok jauh2 ni, kad raye je laa penganti diri.
ouh!? nnti aku updat belog. skrang ni sibok packing2…
huhuhuhuhu….
![]()
Written on September 25, 2008 at 2:25 am
10 cicak
Selamat Hari Raya Aidilfitri MZB
![]()
Written on September 27, 2008 at 1:07 am
11 rasso
Alahai wawa.. ko dah tengok inbox gmail ko? ako ada sent kad utk ko… huhuhu
Written on September 29, 2008 at 11:19 am
12 azrin
I know how it felt…raya di sana… 14 years in Kent…and it gets to you..
azrin @ http://www.chat.nu
Written on November 22, 2008 at 2:01 am
1 a.o
20 tahun lagi, aku cadangkan ko bukukan archive fawari ni. nanti aku beli sekeping. sebab 20 tahun akan datang mungkin aku dah malas nak main internet. tapi insyaallah aku masih ada hati nak bukak buku. jadi senang2 boleh aku belek entri2 yang ade nama aku. tunjuk kat anak aku. HA HA
minggu depan aku hantar kat ko kad raya. jangan risau. hehe
Written on September 21, 2008 at 11:31 am