FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Saya selalu mendengar cerita tentang Brighton daripada kawan-kawan dan lecturer. Mereka kata, Brighton sebuah tempat yang menarik. Seorang lecturer saya pernah kata, kalau saya ke sana, saya mesti berasa mahu tinggal di sana saja. OK~ Nampak macam hiperbola tapi, daripada gambar-gambar pemandangan yang saya lihat, Brighton memang cantik. Saya teruja!

Brighton Beach

Satu-satunya orang yang pernah mengkritik Brighton adalah seorang kawan daripada Saudi. Dia kata, Brighton ramai gay. Tak usah ke sana. Saya tidak tahu apa kaitan ramai gay di sana dengan saya. Apa dia ingat, kalau saya ke sana, saya akan jadi gay kah? Oh tidak, saya gadis Melayu sejati. Haha..

Tengah hari tadi saya tanyakan adakah mudah untuk mencari makanan halal di Brighton, kepada Adnan, kawan dari Saudi tu. Mengejutkan, katanya tidak. Saya yang berkira-kira mahu jalan-jalan di Brighton terus susah hati. Apa yang saya mahu makan nanti. Adnan dengan tenang katakan, tidak mengapa. Baca bismillah saja dan makanlah! Saya pandang wajah dia. Speechless. Dalam hati saya, begitu mudahkah?

Saya tidak arif agama. Tetapi yang saya tahu, makan daging haiwan yang tidak disembelih adalah haram. Sebab itulah orang-orang Islam Malaysia yang tinggal atau belajar di luar negara perlu berhati-hati memilih makanan. Maka apabila Adnan, seorang Islam dari Saudi berkata begitu, saya terdiam. Bagi saya sendiri, ia tentulah tidak semudah itu. Sedangkan dalam hal arak sekalipun, bukan saja orang yang meminumnya, tetapi sesiapa saja yang menghidang, membuat, menjual, mengedar arak, ia tetap dosa. Tetap haram!

Jika ia semudah itu, sekiranya saya mengambil bangkai ayam yang mati dilanggar kereta, kemudian masak dan jadikan ia lauk yang sedap-sedap, bolehlah ia dimakan selepas saya melafazkan Basmallah? Semudah itu??

22 Comments

1  ady

kalau darurat, bangkai pun boleh dimakan. tapi kalau pergi berjalan-jalan, ehehehehe harapan je la….

Written on June 26, 2007 at 3:54 am

2  kaSyah

gila itu arab.
oang arab bukan semua betul pun. banyak yang bengong…aku tak heran pun kalo orang arab ckp camtu kat ko. aku bkn respek sgt dgn dorang tu. setakat islam pada nama. tp bukan semua la.

pantang aku mende2 haram masuk dlm list. bnda haram jadi darah daging..hish..

hukum sudah jelas.tq.

hehe. nape aku bayak kali komenn xlepas2 pun… :(

Written on June 26, 2007 at 7:06 am

3  WaWa

ade je komen ko ni. sori la. 2-3 hari ni komen aku prob sikit. hoho.
aah~ diaorg ni mmg pelik pon.. sabo aje la.. aku yang tercengang kehairanan..

Written on June 26, 2007 at 8:23 am

4  WaWa

tau.. hehe.. takde la nak buat mcm tu kan. :p

Written on June 26, 2007 at 8:24 am

5  sankai

humm…..mungkin kat tempat dier cam tu kot…i mean, kalu reragu, baca bismillah dan yakin dengan apa yang kita buat tu betul…islam kan sememangnya mudah….kalu tak yakin jgn buat..kalu nak selamat maka dulu sebelum jalan…dan kalu tak nak lapar, bawa la bekal sendiri..hehehe…

p/s salam kenal =)

Written on June 26, 2007 at 10:45 am

6  coops

isk, kalau darurat je boleh buat mcm tu. surely kita boleh cari makanan lain selain drp daging etc. makan roti ke, sandwich ke, ikan ke..kan boleh..

Written on June 26, 2007 at 1:11 pm

7  kaSyah

kalo budak melayu cakap camtu, meh sini aku kasi penampor…haha

-pastu aku lari la jauh2..hoho

Written on June 26, 2007 at 6:25 pm

8  kaSyah

wawa..ko skrang kat mane? aku tgk gambar bendera kat komen ko dah lain..huhu

Written on June 26, 2007 at 6:27 pm

9  WaWa

hehe.. mmg boleh mkn roti, sandwich. tak pun ade je vegetarian. tp ermm.. kalo nk mkn kebab ke, burger ke, mungkin susah kot.

Written on June 26, 2007 at 8:43 pm

10  sampulnak

ntah la wawa,

sebenarnya kita je yg pandang org arab ni macam menjalankan semua suruhan agama, tapi berkomuniti di kalangan org middle east di sini, mmg org malasia lagi berhati-hati menjaga kehalalan makan dan minum.

Written on June 26, 2007 at 10:47 pm

11  WaWa

yes! sangat setuju!
aku rasa diaorg la yg sgt ambil mudah ttg agama~ hoho.

Written on June 26, 2007 at 11:34 pm

12  dhiey

proud of u dear… :)

Written on June 27, 2007 at 12:32 am

13  shutterspeaks

cakap pasal arak, kalau korang masuk kebanyakan kelab2 kat mesia nih, yg tukang bancuh dan serve nya org melayu kita jekk.. bangga masuk pertandingan lagi http://azharahmad.com/blog/2007/06/26/dari-emel-melayu-jaguh-bancuh-arak/

mereka kata, mereka hanya mencari rezki yg halal.

Written on June 27, 2007 at 7:26 am

14  kaSyah

ada gak kawan2 aku keje camtu..huhuhu. xtau nak nasihat camner lg. memang la gaji masyuk tapi……haram tetap haram..huhu

Written on June 27, 2007 at 8:11 am

15  mohdismail

er.. wawa, theme K2 tu, sedang mengalami error.. malam ni aku fix.. ;p

Written on June 27, 2007 at 9:48 am

16  WaWa

memang ada baca entri tu. rasanya org melayu yang kerja mcm tu, mmg tak paham konsep kot.

Written on June 27, 2007 at 2:16 pm

17  karlbum

ni kira kali ke berapa tah dgr cite pasal arab kalau takda makanan halal dia ckp baca bismillah setel.

dulu member dr us, cite pasal dia nampak arab ambik daging dr market dan sah la tak halal dia ckp arab tu kata “baca bismillah ok le”

mudah sungguh sedangkan kita dah belajar, selagi masih ada makanan lain selagi tu la ia haram. :)

darurat? payah nak cari keadaan darurat tgh bandar :) dlm hutan betul la kalau dah jumpa bangkai / babi belasah aje la :p

Written on June 27, 2007 at 2:59 pm

18  WaWa

check email gmail ko~ :)

Written on June 27, 2007 at 3:38 pm

19  Azhar Ahmad

Ustaz saya cakap, kebanyakan orang Arab salah tafsir

“Islam Itu Mudah”

Saya rasa kamu faham kan?

Written on June 28, 2007 at 11:39 am

20  Yattie

yep,mmg xmudah.
ramai org amik mudah semua tu skrg ni.
ehe..tul ke apa aku ckp nih :)

Written on June 28, 2007 at 6:48 pm

21  cicak

Yep. Berikhtiar la dgn seboleh-bolehnya kan. Menurut ajaran :)

Written on June 29, 2007 at 10:52 am

22  (Adakah) Kita Ekstrimis Agama -- FaWaRidotNet

[...] akan setuju dengan pendapat dia. Sambil mengingati pendapat-pendapat yang kalian berikan dalam entri sebelum ini aku kata dengan yakin, tentu tidak! Aku meminta maaf sebelum menyambung untuk mengatakan, mereka [...]

Written on July 15, 2007 at 10:42 pm

Leave a Comment