31
Dia yang tidak popular
Published by WaWa, under Blog. 16 Comments.
Pensyarah EU Law kami, merangkap Timb. Naib Canselor di sini kononnya ada urusan di China selama 2 minggu. Maka, kelas hari isnin week 4 (minggu lepas) dibatalkan manakala kelas dua jam hari khamis week 4 berjalan seperti biasa, digantikan dengan seorang pensyarah lain. Nama beliau tidaklah saya ketahui.
Kalau ikutkan hati yang tiba-tiba malas, saya memang tak nak pergi pada asalnya. Tapi kerana mahu mengetahui cara pengajaran pensyarah ganti ini, mana tahu kot-kot lagi seronok daripada Prof Foster, saya pun ambil keputusan untuk pergi. Bukannya kerana Prof Foster tak seronok, cuma kadang-kadang beliau membuat lawak yang tak menjadi, dia saja yang syok sendiri. Tambah lagi, beliau suka berjalan ke hulu ke hilir pada waktu syarahan beliau. Rasa macam sedang menonton F1 pun ada juga. Hoho.
Nak dijadikan cerita, kelas bermula pukul 2.15pm. Saya (dan pelajar-pelajar lain pastinya) sudah bersedia dengan buku nota dan pen (atau laptop) untuk menulis (atau menaip) poin-poin penting. Keadaan beliau yang statik berdiri sambil memberi syarahan itu amatlah menyenangkan tetapi yang tak boleh tahan adalah beliau terus-terusan membaca teks daripada material pensyarah (atau buku, tak pasti) tanpa ada penjelasan dan langsung tidak mengangkat muka. 10 minit berlalu, saya mula melihat keadaan sekeliling. Beberapa pelajar di barisan hadapan juga saya lihat tidak rancak menyalin poin-poin yang keluar dari mulut pensyarah. Saya rasa bosan, tak boleh beri tumpuan kerana terganggu dengan cara beliau yang hanya membaca teks. Maka untuk menyakinkan diri bahawa bukan saya saja yang berperasaan tidak seronok, saya menoleh ke arah seorang pelajar perempuan yang saya tahu sangat pantas menyalin poin-poin penting. Beliau juga kelihatan tidak ada idea untuk menulis. Pelajar-pelajar yang menggunakan laptop lagi senang nak detect. Sikit sangatlah yang mereka taip di MS Word tu.
Buat pertama kalinya, saya seluk poket dan mula menaip mesej-mesej ke Twitter, menyuarakan rasa tak puas hati. Azreen dan Rasso boleh jadi saksi. Hehe. Tak lama kemudian, Damien, jejaka Inggeris yang duduk di sebelah kanan saya juga membuat perkara sama. Agaknya dia perasan saya bermain text, maka dia pun ikut bermain. Pukul 2.35pm, Martin, pelajar matang dari Nigeria keluar dari lecture hall. Dah-lah dia duduk di barisan paling hadapan sebelah kanan, selamba saja dia keluar betul-betul di hadapan pensyarah tu.
Serius bosan kelas hari itu. Paling tak tahan, pensyarah tersebut siap membacakan lagi apa yang terkandung dalam Articles berkaitan. Saya berbisik dalam hati, “Laa, macamlah kitaorang tak ada buku EU Treaties & Legislation yang boleh kitaorang refer bila-bila perlu. Cukup lah sebut artikel berapa”. Memang dalam hati ada niat nak balik awal bila dia bagi rehat. Maka dalam lebih kurang pukul 3, pensyarah tu bagi rehat 15 minit. Saya lihat ramai pelajar bangun dan memasukkan buku ke dalam beg. Hehe, bagus juga bukan saya seorang saja yang fikir begitu. Saya toleh ke arah Damien dan kata:
I’m going home.
Are you?
Yeah. See you later.
Kemudian, Harvey pula bertanya:
Are you going home?
I am. Bye.
Tanpa banyak cakap (memang dengan coursemate di sini, saya tak banyak cakap), saya terus berlalu. Sempat saya menoleh ke arah pensyarah tu. Reaksi wajah beliau seakan sedikit terperanjat dan hairan mengapa ramai pelajar yang seakan-akan mahu berangkat pulang. Saya ketawa sendiri. Keluar saja dari Chandos Road Building tu, tanpa mengendahkan pelajar-pelajar lain (yang pastinya saya tak kenal pun), saya berjalan ala kartun sambil senyum-senyum dan menghantar mesej ke Twitter.
Dalam hati, “Sah! Kelas ganti 2 jam hari rabu dan juga kelas hari khamis aku memang tak akan pergi”.
Dan hari ini, saya menulis di sini, entri tentang pensyarah ganti untuk kelas EU Law, yang tak popular itu.

The Dia yang tidak popular by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
16 Comments
2 a.o
aku pun tak gemar pensyarah bosan dan mendengar cerita tentang pensyarah yang bosan lagi la aku tak suka. HA HA HA
Written on October 31, 2007 at 8:27 pm
3 WaWa
aku buat entri ni ada dua sebab wahai rakan2.
pertama, aku nak admit secara x langsung aku ponteng kelas. muahahhaaa..
kedua, aku nak stop-kan keaktifan azreen dan dk kat entri sebelum ni. aku rase selagi xde entri baru, selagi tu la diaorg merepek (dan aku pon ikot sekali) dalam entri tu.
kedua2 sbb ini membawa satu kesimpulan iaitu, aku terpaksa menggunakan cerita yg ada (mahupun basi) utk dijadikan entri. hahahahaa..
(ikut stail Kyu kat Tantei Gakuen Q. hahahaa..)
Written on October 31, 2007 at 8:50 pm
4 a.o
syabbas bete syabbas!
ikut style hindustani. ehek ![]()
Written on November 1, 2007 at 12:58 am
5 kaSyah
haha…ponteng kelas takpe…..(kalo pensyarah yg boring+satu ape pun xpaham) ![]()
Written on November 1, 2007 at 3:25 am
Ehhhh, how bout attendance? Hummm….. mesti sedih substitute lecturer kan, bila tengok orang semua keluar…
Written on November 1, 2007 at 4:14 am
7 dk
arghhhh tidak…….
adakah komen2 aku tidak bermutu tinggi…
ermm disebabkan ko ponteng..
hari ni aku pun nk ponteng…
aku nk masak tghari…
so kalo masak x sempat la gi kelas..
plus karnagan english aku x siap lg..
payah gak bisuness comprehension ni…
Written on November 1, 2007 at 4:22 am
8 azrn
cait~ aku jugak laa yg menjadi salah satu faktor.
ei..si amna pon,okee~
Written on November 1, 2007 at 4:23 am
9 WaWa
attendance memang tak ambik pon. ![]()
Written on November 1, 2007 at 10:18 am
10 WaWa
aku tak kata tak bermutu. haha. saje je sebenarnya. ![]()
Written on November 1, 2007 at 10:19 am
11 dk
dua tiga ari ni..
awat semua kata ayat “aku x kata x….”
musykil2..
cm semua nk kenakan aku je..
hehe :p
Written on November 1, 2007 at 5:20 pm
12 pakdi
kenapa byk rakan-rakan gua dahulu begitu asyik menyalin nota pensyarah yang dibaca dari teks pengajaran pensyarah itu sendiri dengan khusyu’ dan tawadu’?
gua tahu sebab gua pandang kiri kanan tengok semua menyalin setiap patah pensyarah. agak ramai pulak pensyarah yang gitu.
gua je tidur. patut tak skor. kwang kwang.
Written on November 2, 2007 at 4:09 am
13 WaWa
oh ye ke? kitaorg kat sini laen kot. haha. mcm xde makna pula kalo dia baca sebijik2 text beliau termasuk membacakan sekali apekah kandungan artikel2 yg berkaitan. mcm dia baca sepenuhnya apekah yg terkandung dlm article 249 EU Treaty. ntah ape2. hoho.
Written on November 2, 2007 at 10:07 am
14 sampulnak
haha. pensyarah-pensyarah aku semua jenis tulis definition, proof, contoh di papan hitam. kami salin sebiji bulat-bulat. tiada eye contact langsung.dia sebut balik saja apa ang dia tulis di papan hitam.
Written on November 3, 2007 at 2:41 pm
15 ryann
pensyarah ganti tu dulunya pembaca proof kot. kesian lak kat dia. dah lah tak popular, tak mau jadi kreatif pulak. barangkali sudah bosan dengan kerjanya.
Written on November 3, 2007 at 4:19 pm
16 Dr Azwan
Kami dulu ada pensyarah dari Arab cam tuh. Subject medical physiology. Ganti lecturer Malaysia. Masuk kelas baca nota sahaja… Lama2 kami bosan.. Dah tak tahan… ada budak start tanya soalan… Dia asyik belek-belek nota dia.. lepas tu terdiam.. agaknya nak cari jawapan dalam nota dia yang setebal 120 keping tuh.. Tak tahu camne nak jawab dan tak jumpa jawapan… last-last dia ignored soalan budak tuh.. Dengan muka selamba dia sambung baca balik nota dia cam takder apa-apa yg berlaku… hampeh…
Written on December 1, 2007 at 4:57 pm
1 azrn
Hahaha…saya, Azreen, seperti nama diatas mengesahkan bahawa telah menjadi saksi kejadian bosan cik wawa di kelas EU law beliau. ekekke…
kalo stakat baca notes kat buku pon aku bosan! Nasib baek laa pelajaran aku kat sini tak perlu rujuk buku sgt. Pape pon mmg klik butang search encik google jek.uhuhuh…
Written on October 31, 2007 at 5:21 pm