FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Jan
17

Antrabangsa

Published by WaWa, under Blog. 3 Comments.

Hari ini adalah satu hari yang sangat memenatkan.

10am - 12.30pm; flight daripada KK ke KL. Daripada KLIA, terus saja ke Application Centre di Jalan Ampang.

Masa tunggu giliran tu, saya berdebar juga. Macammana kalau borang tak lengkap dan dia suruh datang balik? Bukankah itu menyusahkan? Dari pengalaman lalu, saya melihat permohonan untuk *ini* biasanya rumit kerana prosedur yang ketat dan pegawai yang strict. Tetapi alhamdulillah semuanya baik dan berjalan lancar.


Untuk setiap dokumen yang dilampirkan, pegawai berkenaan (baca: “abang botak”) meminta salinan asal setiap dokumen yang dilampirkan. Usai mengasingkan semuanya, barulah abang botak meneliti borang VAF1. Ada 4 ruangan yang tidak diisi penuh oleh saya, kemudian dia meminta saya melengkapkannya. Selesai saja, abang botak terus melihat salinan buku akaun (termasuk yang asal) yang dilampirkan. Dia menanyakan sumber pendapatan wang yang tercatat dalam buku akaun, dengan pantas saja saya menjawab. Apabila dia menanyakan buktinya, saya tetap berlagak cool dan selamba mengatakan tidak ada bukti yang boleh mengesahkan dari mana datangnya sumber pendapatan itu. Memang pada masa itu saya mengagak abang botak itu akan meminta saya datang keesokkan hari bersama surat pengesahan atau bukti sumber pendapatan. Tetapi saya tidak berganjak apabila melihat dia terus memproses permohonan saya.

Saya mungkin bernasib baik mendapat pegawai yang tidak banyak bertanya itu. Dia menguruskan permohonan saya tanpa banyak songeh. Maka proses permohonan tidak menjadi terlalu rumit. Apabila dia bertanya adakah saya akan membayar secara tunai, saya tahu permohonan sudah diluluskan. Berbanding dua lagi kaunter di kiri dan kanan, kedua-duanya adalah pegawai berbangsa Cina, dari apa yang saya perhatikan begitu mengikut prosedur dan skema.

Ada cerita menarik tentang ini. Pegawai di sebelah kiri adalah khas untuk permohonan pelajar tajaan kerajaan. Seorang lelaki yang kebetulan di sebelah saya telah memberi gambar berukuran passport berlatarbelakangkan warna biru yang telah dikikis supaya menjadi putih. Pegawai berbangsa Cina itu menunjukkan gambar tersebut kepada abang botak dan menanyakan pendapatnya; dia kata ia tidak menjadi masalah untuk permohonan diluluskan. Kerana begitu mengikut prosedur, pegawai Cina itu membantah tetapi abang botak dengan lagak yang biasa terus mengatakan “jangan risau, saya akan sign borang itu”.

Selesai urusan saya, keluar saja daripada pejabat itu, saya ketawa berdekah-dekah kerana kelucuan. Mengikis gambar untuk menghilangkan background biru dan menjadikan putih bagi saya amat kelakar. Mungkin lelaki itu hanya mengetahui syarat gambar mestilah berlatarbelakangkan putih apabila sudah sampai di pejabat. Tindakan itu berisiko, kerana jika tiada abang botak, pegawai berbangsa Cina itu mungkin akan menolak permohonannya. Tetapi dalam pandangan lain, lelaki itu juga kreatif dan bertindak pantas. Jika saya ditempat dia, saya tidak akan terfikir cara ini. Haha.

9.15pm-12am; flight daripada KL ke KK. Perjalanan satu hari yang meletihkan.

3 Comments

1  Azhar Ahmad

Kenapa perlu background berwarna putih?

wawa: tak tau la pula. hehe…

Written on January 18, 2007 at 1:44 am

2  gnela

Perjalanan wawa selalu jauh. Best la wawa ni..

Written on January 19, 2007 at 6:10 pm

3  Order tramadol.

Brand ultram order ultram tramadol pain medicine….

Order tramadol….

Written on November 17, 2007 at 4:27 am

Leave a Comment