FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Jan
01

Hai! Selamat tahun baru 2008. Untuk entri pertama di tahun baru, saya naikkan entri balasan tag dari Mohd Ismail yang dah tersimpan dalam draf sejak 2 September 2007 lagi. Saya, seperti yang kawan-kawan sedia maklum, memang banyak berahsia. So, yang rahsia itu tetap menjadi rahsia dan yang mana tak rahsia itu saya turunkan di sini. Ini lah masanya untuk anda mengenali Wawa di sebalik FaWaRi dengan lebih dekat lagi. Cheewah!

  1. Meminati sejarah dan politik
    Sejak dari sekolah menengah lagi saya memang meminati sejarah Malaysia. Tetapi sudah tentulah pada masa itu sejarah yang saya belajar dan ketahui adalah sejarah yang berdasarkan buku teks. Hanya selepas habis sekolah saja, bahan bacaan saya tentang sejarah semakin meluas. Pada masa yang sama, tanpa saya sedari keminatan terhadap sejarah Malaysia sedikit sebanyak membawa saya untuk memerhati arena politik Malaysia. Itu pun, pengetahuan saya tentang politik amat terbatas.
  2. Nokia 6230 - mobile fevret untuk selamanya!
    Fon yang paling lama saya miliki adalah Nokia 6230 yang saya beli tahun 2004. Ini bukan fon yang ada i tu eh. Fon ni saya gunakan dengan setia sehingga tahun 2006 bila saya beli SE W810i di Pertama. Kerana terlalu suka dengan fon 6230 ni, saya simpan lagi sampailah sekarang. Kerana apa saya suka gila dengan 6230? Sebab keypad yang best! Sangat-sangat best. Tak percaya? Tanya pengguna-pengguna Nokia 6230 atau mereka yang selalu usha fon saya untuk ambil foto sendiri. Haha. U know who u are kan?
  3. Mengumpul perfume
    Haa.. Keminatan mengumpul perfume ini masih baru lagi. Ia bermula pada akhir tahun 2006. Tapi tu tak kronik lah. Setakat beli perfume kat uptown je. Yang murah-murah dan cikai-cikai. Awal tahun 2007, saya mula membelanja untuk membeli perfume yang mahal gila. Ok lah, ok lah. Mesti ada yang kata, “Alah, biasalah gadis tipikal”. Peduli apa kan. Aimi kata untuk panggil sesuatu itu sebagai koleksi, mesti ada sekurang-kurangnya 20 item. Pada ketika saya tulis entri ini, saya cuma ada 7 jenis perfume saja. Yang termahal pernah saya beli? Perfume Euphoria Blossom, Calvin Klein. Akan datang, koleksi akan bertambah dan mungkin akan lebih mahal. ;)
  4. Berbelanja untuk benda lain selain daripada apparel
    Bila saya kata yang saya tak suka shopping, sebenarnya saya pun shopping juga. Cuma mungkin tidaklah sekerap gadis-gadis lain. Chewah! Baru-baru ni kan saya ada tulis yang saya berbelanja sampai RM500+ untuk buku saja. Maksudnya, keminatan saya untuk mengalirkan wang adalah terjurus kepada benda-benda seperti buku, gadget, kasut (bukan yang ala-ala tumit tinggi tu) dan DVDs. Di UK, saya boleh melepakkan diri di HMV atau Virgin sehingga lebih satu jam dan untuk rekod baru pula, di Malaysia saya lepak dalam Kinokuniya sehingga lebih 5 jam.
  5. Suka menulis
    A’ah lah kan, kalau saya tak suka menulis mustahil saya boleh menulis blog sehingga ke hari ini? 5 tahun tu bukannya suatu masa yang singkat. Ketika berada di tingkatan 2 dan 3, saya aktif menulis apa yang orang panggil sajak, tapi itu pun hanya untuk suka-suka saja. Waktu di tingkatan 5 ada juga tapi tidak sekerap ketika di tingkatan 3. Tamat persekolahan, minat tu tumpul begitu saja. Dan kalau anda suruh saya menulis satu perenggan sajak sekarang ni pun saya rasa tak mampu kot. Tapi, sikap suka menulis ini rasanya berkait rapat dengan minat membaca. Hoho.
  6. Tidak berani bercakap di hadapan ramai orang (Bonus)
    Haha! Saya ni poyo je cakap nak jadi barrister lah konon, tapi nak bercakap depan orang punyalah nervous. Ini dah nak balik UK kan, term baru ni akan ada mooting tau. Mati lah aku. Nervous sampai tak tercakap kot nanti. Haha. Entah macam mana lah nak jadi barrister ni kan.

Siap. Selesai. Biasanya saya mesti akan lanjutkan tag yang saya terima kepada bakal mangsa-mangsa di luar sana kan, tapi kali ini biarlah mati di sini saja. Untuk kali ini. Walaupun tajuk entri saya tulis 5, anggap sajalah perkara keenam tu sebagai bonus ye.

Sekali lagi, SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pembaca FaWaRi dot net.

18 Comments

1  Bat

Owh, owh, *salin dalam notepad cepat2*

Untuk berani bercakap di hadapan orang ramai, sila praktis bercakap di depan cermin setiap hari. Tapi pastikan tiada orang di sekitar anda ketika itu, atau orang akan menjauhi anda secara drastik, miahaha…

Apa itu barrister? Twister? Atau public speaker? Ah malasnya nak google, huhu..

Written on January 1, 2008 at 2:45 pm

2  dk

aku xtau ko penah try ke x perfume ni..
tp aku suka semua perfume ni…

1. Lanvin
2. kenzo flower
3. Jlo

lanvin paling best…try aaa….

Written on January 1, 2008 at 3:44 pm

3  Mohd Ismail

Nokia 6230… mmg best.. aku beli henset baru pun, masih lagi simpan walaupun kdg2 dia meragam.. he he.. keypad dia sgt best utk org yg gila sms.. mcm aku :)

Written on January 1, 2008 at 5:54 pm

4  duez

Giler ahh!
5 jam tu..lama.Tapi aku penah jugak buat macam ko.Lepakthon dlm kedai buku!

Written on January 1, 2008 at 10:06 pm

5  catzer

muahahaha,syoknya lepak kat Kinokuniya sampai 5 jam..blehlah aku join ko sekali nanti erk wawa..aku suke jerk lepak lama2 kat sana :p

Written on January 2, 2008 at 2:45 am

6  Azhar Ahmad

Ahahahhaha, wawa introvert ke? Ehhh wawa, gue sudah kirimin alamat gue melalui hubungi saya lah…

Written on January 2, 2008 at 3:23 am

7  kaSyah

5 jam..hahahaha. besa la tu… aku pun gile lepak kat kinokuniya. selalu kat tepi cermin yg menghadap eskelator. kekadang siap bersila…huhu.

Written on January 2, 2008 at 3:57 am

8  WaWa

hoho. ya. gue udeh dapat alamat loh. tapi gue lupa mau serahkan alamat loh kepada santa claus. nanti bila gue udah pulang ke uk, gue kirimin ya. (main belasah aje cakap indonESIA. haha)

Written on January 2, 2008 at 6:38 am

9  azrn

Eleh..baru skali ko lepak kat kino tu 5 jam. tu pon letih tunggu sorg tu kan? hahahahaha… a’ah ko mmg ulat buku.
eip..dah online nanti bgtau direct la.. mlm ni aku ade kelas 8-10pm.
ermm mimi pon tak online. mcm mana nak prove read entry aku tu..hahaha..

:D

Written on January 2, 2008 at 8:37 am

10  syia

perr..suke beli buku ke? same la.. same..same.. wahha.. tp selalu kene comment pedas dgn kwn2..sebab for girls apparel sgt penting.. kat melake ni x leh nk lepak lelame kat kedai buku sah kene halau..kedai buku kecik je hehe

Written on January 2, 2008 at 10:43 am

11  WaWa

hoho. ye la. tu pasal aku kata pecah rekod. haha. kalo mimi x on9, biar aku proof read entri ko. :D

Written on January 2, 2008 at 2:34 pm

12  sampulnak

I always envy you. ko belajar benda yang kau suka.

welcome back.

Written on January 3, 2008 at 2:28 am

13  megat

Bersangkut paut dengan course yang diambil skang kan!?

Written on January 3, 2008 at 4:41 am

14  SyedHafidz

Minat politik 2 mmg ada kesamaan ngan saya..
hehe
minat membaca pun sama…tp saya kurang suka menulis..bukan sbb tka minat tp cuma takda masa je..
:)
banyak benda lain yang nk kena setel lg tu..

Written on January 3, 2008 at 11:08 am

15  SyedHafidz

wei cik catz, ang penah g kinokuya ke?
tak bagitau aku pun..

Written on January 3, 2008 at 11:10 am

16  mimi

wawa mmg ulat! hahaha…buku2 yg die beli aku boleh bace 2-3 helai muka surat je…pastu kompem aku pejam mata…haha…kecuali komik conan je laah yg aku boleh layan…mse kt kdu dlu slalu gk laa pinjam komik ko..weih..aku tgh meng edit vdeo n gmbar trip hr tuh…tp xbest ah..xde software yg best la untuk edit

Written on January 3, 2008 at 12:12 pm

17  engineer

pasal kumpul perfume tu sama dgn my wife :)

pasal buku tu same like me :)

P/s: its better lepal kat kedai buku compare kat tmpt lain :D

Written on January 3, 2008 at 4:17 pm

18  Syahid A.

Tengok blog je dah tau minat menulis / menaip. Yg bonus tu sama lah. :D

Written on January 4, 2008 at 1:06 pm

Leave a Comment