Batu yang aneh
Trip satu hari ke Salisbury untuk melihat sendiri stonehenge di sana, walaupun bukanlah trip yang hebat, dan tak semua rancangan menjadi, tapi kemudiannya apa yang kita lalui itu akan menjadi satu pengalaman yang tak akan kita lupa. Barangkali, beberapa tahun akan datang, bila kita duduk dan bercerita semula kenangan-kenangan lama, yang walaupun pahit, ia mungkin akan menjadi satu jenaka yang manis untuk semua akhirnya.
Betul lah orang kata, apabila kita berusaha bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu, dan apabila akhirnya kita berjaya, maka keseronokkan yang kita kecapi adalah sukar untuk digambarkan.
Sedikit tambahan: Angin terlalu kuat di Amesbury dan Stonehenge. Saya hampir-hampir demam kerana itu. Terdedah kepada angin kuat dan berbaring di atas rumput di Stonehenge tu selama hampir sejam juga akhirnya menyebabkan saya pening di sebelah kiri.