About
Hai!
Nama saya Faezrah Wahidah Rizalman. Kalau kat dunia blog, orang panggil saya WaWa. Ada juga yang panggil FaWaRi. Biasa yang panggil Fawari ni adalah mereka yang tak kenal saya, atau baru je kenal blog ni.
Saya dah menulis blog selama 6 tahun sekarang. Mula-mula dulu kat WaWaOnline.net dari Jun 2002 sehingga 2005. Kemudian saya berehat selama beberapa bulan sebelum sambung menulis di FaWaRi.net dari 2005 sehinggalah sekarang.
Masa berlalu begitu pantas, dan tanpa sedar blog juga telah membesar bersama saya. Bermula 2008, saya sudah tidak menulis sepenuh masa atas sebab-sebab peribadi tetapi insyaAllah saya akan terus menulis.
Jumpa lagi.
28 Ogos 2008.