FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for July, 2008

Jul
26

Pemanduan berhemah

Published by WaWa, under Blog. 19 Comments.

Pagi tadi saya terima surat dari Thames Valley Police. Surat saman memandu melebihi had laju; iaitu memandu 43mph di jalan 30mph. Seram kan? Kalau kat Malaysia, biasanya yang ada speed camera ni kat highway je. Setakat jalanraya 30kmj, orang tak kisah langsung. Ibarat jalan kat kampung2 je yang laju cuma 30kmj, kan kan?

Walaupun surat tu secara teknikalnya atas nama saya, sebab saya pemilik kereta tu, yang menggunakan kereta tu adalah cousin saya. Nasib baik surat saman tu ada menyatakan kalau bukan saya yang memandu pada masa kejadian, saya perlu isi details orang terbabit dalam form yang diberikan. Haa.. nasib baik. Kalau tak, percuma je kena tolak point (walaupun belum apply UK license lagi, haha). Lagipun, kan masuk rekod tu.

Tau kena saman ni dalam minggu lepas lagi, sebab surat saman tu asalnya dihantar ke Birmingham, tempat abang Saiful. Mungkin dia hantar surat ke Thames Valley bagitau alamat rumah sekarang ni, tu yang dapat surat tu sendiri. Lagipun memang saya yang kena isi sendiri form tu, tak boleh orang isikan bagi pihak. Sebab kalau orang isikan, kesalahan lain lagi pula. Sejak dapat tau kena saman tu, saya memang bawa tak lebih 60mph kat jalanraya, dan tak lebih dari 40mph kat jalan-jalan kecil. Memang dah tak underestimate lagi kecekapan penguatkuasa jalanraya kat sini. Haha. Kadang-kadang kat jalan biasa pun saya tak bawa lebih 50kmj, sebab ada jalan-jalan kat sini yang tak ada papan tanda had laju.

Bila dah seminggu bawa kereta slow macam kura-kura, saya selalunya lebih santai bila memandu. Tak pakai aircond dah, buka cermin kereta je. At last, ada kebaikan juga. Jimat petrol. Haha. (Padahal kalau kat Malaysia ni, macam tak reti-reti bertaubat. :P)

Jul
21

Tayar pancit daa…

Published by WaWa, under Blog. 16 Comments.

Sepatutnya hari ni menjadi hari paling tak seronok sekali bila tayar kereta saya pancit. Ni salah sendiri juga sebab masuk jalan sempit dan kena penghadang jalan kerana ada kereta dari arah bertentangan. (Pancit masa nak naik atas bukit pula tu. Nasib baik boleh naik, dan berhenti betul-betul depan gereja).

Saya called abang Saiful dulu, tanya apa nak buat. Ingatkan kena call AA. Haha. Then dia bagitau ada tayar simpanan kat bawah but kereta dan tools sekali. Still lah, mana saya tau macammana nak tukar tayar. (OK, tipikal perempuan kan, kan?). Dulu saya ambil lesen, mana hadir bengkel praktikal tu. Orang kat Yusry LP tu yang suruh balik, kan Mimi kan?

Kebetulan, dekat tempat saya parked kereta tu, ada seorang bapa dan dua orang anak dia sedang mengangkat barang masuk ke dalam rumah. Sementara tengok diaorang tengah sibuk angkat barang, saya pun pindahkan beberapa barang dalam but tu ke tempat duduk belakang. Sebaik je saya tengok bapa (orang putih) tu tengok saya, terus saya minta tolong. Haa, nasib baik dia nice. Senyum je. Hoho. Kemudian (ni part best ni), datang anak lelaki dia yang remaja. Sungguh kacak ok! Dia datang nak tolong, jadi bapa dia serahkanlah kerja menukar tayar tu kepada dia.

Seperti perempuan-perempuan tipikal yang lain, bila melihat lelaki menukar tayar, mestilah tak tau nak buat apa kan. Lagi-lagi stranger. Maka, saya berdiri lah konon melihat si kacak itu menukar tayar. Tapi saya berdiri tak lama, sebab nanti dia ingatkan saya stare kat a*se dia pula. Tambah lagi memang terang-terang boleh nampak, (siapa lah suruh dia pakai seluar macam tu kan).

Untuk tidak menjadi seperti tipikal minah saleh (macam dalam movies yang selalu saya tonton), maka saya pun duduk lah kat penghadang jalan, tepi dia. Setiap kali dia berubah posisi dan menampakkan belakang dia, maka saya pun memandang ke arah lain. Oh, innocent-nya. Haha.

Sambil-sambil menukar tayar, dan kerana saya duduk di tepi dia, kami berborak-borak sebentar. Aih.. kenapalah dia tak study kat uni yang sama. Hurm…

Sekian. Pengajaran hari ni, kepada wanita-wanita, kalau nak tayar pancit, sila pancit pada waktu yang sesuai, dan diketika anda yakin ada lelaki kacak di persekitaran. :D

Jul
13

Berpindah…

Published by WaWa, under Blog. 7 Comments.

Hari ni hari memindahkan barang-barang ke rumah sewa baru. Tapi malam esok baru tidur kat rumah tu. So nampak gayanya, insyaAllah lebih seminggu jugalah akan terputus hubungan dengan dunia global. Nak kena call BT bagitahu untuk pindah rumah supaya nombor rumah sekarang boleh dipindahkan ke alamat baru, lepas tu baru boleh call O2 untuk memindahkan broadband pula.

Tahun lepas, waktu masuk rumah sewa yang saya duduk sekarang ni letting agent yang contact AnglianWater dan E.ON memberitahu rumah ni dah occupied dan siapa penyewanya. Tapi rumah baru ni, letting agent yang lain. Cara diaorang lain. Saya sendiri yang kena call AnglianWater dan E.ON. Nasib baiklah suppliers yang sama. Sekurang-kurangnya dah ada account dengan mereka.

Leceh sebenarnya pindah randah ni. Kalau banyak duit, dah lama beli rumah. Tak payah bersusah payah untuk pindah randah lagi. Haha. Tapi kan, kalau ada duit pun, bukannya layak. Hoho. Perasan je lebih.