Archive for December, 2007
19
Kemaskini pendek VI
Published by WaWa, under Blog. 9 Comments.
Esok saya akan turun ke KL. Awal empat hari daripada yang dijadualkan. Ada urusan penting yang perlu diselesaikan pada hari jumaat ini. Aih.. sibuk betul. Saya akan berada di KL sehingga 30hb ini. Dan flight balik ke sana telah diubah dari 19hb MAS ke 9hb Brunei Airlines.
Aih… tak merasa cuti betul. Cuti-cuti pun otak kena berfikir pusing-pusing juga. Alahai…
Oh, tidak lupa ucapan selamat hari raya Aidiladha maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan pembaca FaWaRi. Untuk Mimi dan Aimi di Pantai Timur, tabah lah menghadapi banjir yang melanda.
16
Malaysia dan Indonesia yang SERUMPUN
Published by WaWa, under Pendapat. 18 Comments.
Sementara saya mencari untuk mendapat mood duduk di depan komputer dan menulis cerita dua tiga hari ini, saya mahu anda baca siri Indonesia vs Malaysia hasil tulisan Zeq. Isu kemarahan orang Indonesia terhadap orang Malaysia yang semakin membuak-membuak rasanya perlu untuk kita ambil peduli.
Indonesia vs Malaysia (Part 1 - Terpisahnya kita)
Indonesia vs Malaysia (Part 2 - Merdeka)
Indonesia vs Malaysia (Part 3 - Culture Clash)
Indonesia vs Malaysia (Part 4 - Semua ini memenatkan)
Indonesia vs Malaysia (Part 5 - Pendatang Tanpa Izin)
Indonesia vs Malaysia (Part 6 - Something really familiar)
Tidak semua orang Indonesia begitu. Dan kita sendiri di Malaysia, saya percaya ada perkara yang kita tidak puas hati terhadap Indonesia. Tetapi kita adalah negara serumpun, perlukah untuk kita sampai bergaduh? Indonesia, sebagai sebuah negara besar, perlu berbangga dengan budaya Indonesia yang banyak diguna pakai, disimpan dan dianggap oleh Malaysia sebagai budaya Malaysia juga. Itu tidak bermaksud KAMI Malaysia, mengklaim bahawa yang itu budaya asal Malaysia. Macam bila saya kata saya suka makan bakso, saya tahu bakso itu makanan orang Jawa. Dan bila kita kata Jawa, kita tahu asal-nya Jawa itu dari Kepulauan Jawa di Indonesia (betulkan saya jika tersilap). Tetapi selepas semua tu pun, tidak perlulah sampai mahu buat satu laman web membenci Malaysia, bukan?
Nah, entri sepatutnya yang pendek saja akhirnya panjang juga. Hoho.
13
Sudah mendarat!
Published by WaWa, under Blog. 24 Comments.
Pada ketika entri ini diterbitkan, saya baru saja melangkah kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Seronoknya! Saya akan berada di KLIA untuk beberapa jam sebelum mengambil flight ke KK pukul 9 malam. 23 Disember saya akan turun KL untuk ekspidisi mencari makanan sheeedap (orang kat UK jangan jeles. haha), trip ke Bukit Merah dan juga seminar. Siapa mahu buat temujanji? Layarkan hasrat anda ke kotak emel anda dan kita boleh meet up di kedai mamak sambil makan roti canai dan teh tarik.
OK, semua orang, on-kan mode cuti anda! Oh yeah~