Archive for December, 2007
31
Kembara Santai #2 2007
Published by WaWa, under Blog. 14 Comments.

Hari ini hari terakhir 2007. Esok kita akan menginjak ke tahun 2008. Semua orang sedang sibuk pasang azam tahun baru, dan ramai juga yang melupakan azam tahun 2007 yang sesetengahnya belum pun tercapai. Saya sungguh jarang membina azam setiap kali tahun baru. Lebih suka go with the flow saja. Tetapi dalam entri 2007 saya yang pertama, saya ada mendoakan agar tahun ini akan lebih baik, maju dan berjaya.
Untuk kesinambungan Kembara Santai #1 yang saya tulis awal Julai lepas, ini saya turunkan perkara-perkara menarik dari Julai sehingga Disember yang boleh saya highlight kan.
Julai
England memulakan bulan Julai tahun ini dengan menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di premis-premis seperti bar, restaurant, hotel, ofis, universiti, sekolah dan tidak ketinggalan juga hall of residence. Motif utama penguatkuasaan ini adalah untuk mencegah asap-asap rokok disedut oleh second hand smoker. Julai memperlihatkan saya melanggan Google Reader dengan begitu setia, setiap hari membaca berita-berita mengenai kerajaan baru pimpinan Gordon Brown, meneliti dan memahami polisi-polisi yang diperkenalkan oleh Brown, found out bahawa terdapat perjanjian 10 tahun antara Blair-Brown. Bulan ini juga mengajar saya bahawa orang Arab tidaklah seteliti yang disangka. Konsep “kecuali babi” yang diamalkan kebanyakkan orang Arab dan Muslim dari negara-negara lain sungguh mengejutkan. Ibarat, belasah je semua jenis daging kecuali babi walaupun tidak disembelih menurut Islam. Bila ditegur, dikata pula saya ni ekstrimis agama dan dengan bangga mengatakan mereka Arab lebih memahami bahasa Al-Quran. Bodoh!
Ogos
Kerana terlalu banyak mencari, membaca, merujuk dan menulis untuk dua tugasan yang memerlukan komitmen 200% serentak, saya mengalami mental block selama hampir seminggu. Selepas selesai menulis esei mengenai Brown, saya betul-betul buntu untuk menulis esei mengenai tugasan tentang perbezaan mahkamah syariah dan mahkamah sivil di Malaysia. Sampaikan saya terpaksa memaksa otak saya untuk ligat berfikir menulis draf esei untuk tugasan itu. Bayangkan tanpa ada proof read, dan struktur yang tidak tersusun, saya submit saja. Nasib baik draf tu tak adalah teruk sangat pun. Untuk draf akhir, saya ubah hampir keseluruhan struktur esei saya tu, sebab otak dah tak block lagi. Hehe. Akhir bulan Ogos, semua pelajar yang tinggal di hall of residence berpindah keluar kerana tamat kontrak dan pihak universiti mahu menambah baik pulih kemudahan di hall. Saya yang tidak ada tempat berteduh bernasib baik kerana ada kawan yang mahu menumpangkan rumah mereka sementara saya mencari rumah sendiri.
September
Berkesempatan ke Stonehenge di Amesbury, Salisbury untuk melihat batu-batu aneh yang sehingga hari ini mitos bagaimana boleh terjadinya stonehenge ini dan kenapa dibina stonehenge berkenaan masih tidak dapat disahkan. 13 September membuka sejarah baru apabila itu adalah kali pertama saya berpuasa di luar negara seorang diri. Nasib baik juga lah ada Muza dan Mamado yang berpuasa bersama-sama saya. Kalau tak, memang rasa sunyi gila. Tidak banyak perkara yang berlaku, cuma saya berpindah dari Oxford ke Buckingham dan menyewa apartment satu bilik di Nelson St.
October
Hari raya paling bosan pernah saya lalui. Jujur saya katakan, saya langsung tak ada perasaan untuk berseronok di hari raya. Tiada feel kata mat salleh. Dah lah tu, sunyi pula tu. Hari raya pertama saja saya pakai baju raya sampai tengah hari. Raya kali ini juga baru saya tahu yang di UK, pengisytiharan hari raya bukanlah serentak. Ia dilakukan oleh masjid-masjid atau Islamic centre (tolong betulkan jika saya tersilap) bagi setiap town. Contohnya, London menyambut raya pada hari jumaat 12 Oktober dan ada tempat-tempat lain menyambut pada 13 Oktober, seperti di tempat saya.
November
Tiada cerita menarik. Hanya sibuk dengan tugasan, kuliah dan tutorial. Saya mula merasa kebosanan di Buckingham. Saya selalu mengadu off the record kat Amna, yang saya tidak berapa boleh get along dengan coursemate di sini. Mungkin masa di Oxford tu saya lebih banyak bergaul dengan pelajar-pelajar international tetapi di sini, grup yang saya selalu “ter-join” tu adalah local people, kalau bukan English, antara mereka mesti British. Ada yang tak percaya kot kalau saya kata, saya tak banyak cakap. Mereka melihat saya sebagai seorang pendiam. Haha.
Disember
Kuliah, tutorial, case class dan seminar dah habis. Cuma menghitung hari untuk exam saja. Saya bertuah untuk term ini sebab cuma ada satu paper saja. Lepas habis exam pada 11hb, 12hb tu terus saya balik Malaysia. Sampai kat KLIA pada 13 Disember petang dan malam tu juga ambil flight ke KK. Hanya beberapa hari saja di KK, saya ke KL pada 20hb, 3 hari lebih awal daripada rancangan asal. Saya ke KL lebih awal adalah untuk mengurus visa adik saya yang juga akan ke UK bersama-sama saya nanti, sebab itu lah saya dijadualkan pulang ke UK lebih awal. Bulan ni juga saya, Mimi, Aimi dan Azreen buat trip ke Bukit Merah (dan Penang) selama tiga hari dua malam. Seronok! Entri tentang trip akan menyusul tahun hadapan. Haha. Hane yang tidak pulang bercuti hanya mampu melahirkan rasa cemburu, kan Hane kan?
Kan, cepat betul masa berlalu. Memang tak sedar pun. Secara peribadi, bagi saya tahun ini adalah tahun permulaan yang baik untuk akan datang. Nama pun dah jadi pelajar universiti kan. Tak lama lagi dah kerja dan apa semua, sebab tu saya mendoakan agar tahun baru yang akan datang ni lebih baik dan berjaya. Untuk tahun 2008, saya ada juga pasang azam peribadi. Tapi biarlah saya simpan untuk diri sendiri. InsyaAllah… sama-sama berdoa dan berusaha agar azam kita tercapai.
Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan FaWaRi dot net.
28
I’m back
Published by WaWa, under Blog. 14 Comments.
Saya dah balik! Lima hari tanpa internet, pergh! Terputus hubungan dengan dunia global memang tak tahan. Entri trip akan di muat naik secepat mungkin. Kena tunggu siri 1 siap ditulis oleh cik Azreen dahulu. Ada empat siri ni, siri 3 dan siri 4 masing-masing akan ditulis oleh cik Mimi dan cik Aimi. Kemudian entri so-called ‘khas’ lah konon akan menyusul. Dan sebagai menutup tirai 2007, catatan santai II untuk tahun 2007 akan di muat naik juga dalam masa terdekat.
Tunggu tau. ![]()
22
Klip kertas yang berwarna merah
Published by WaWa, under Buku. 29 Comments.
Hampir seharian saya lepak di Kinokuniya KLCC. Hantar mesej kepada Azreen dan kak Dhiey mengajak mereka untuk sama-sama membaca buku di Kinokuniya tapi masing-masing pula ada hal. Kononnya bajet salah seorang mesti free, hoho. Selepas membelanja RM529.41 untuk buku-buku pelbagai genre, saya naik ke tingkat 2 Kinokuniya, duduk di Coffee Club Express, menghirup secawan Earl Grey tea (err, dua cawan sebenarnya) sambil membaca One Red Paperclip tulisan Kyle Macdonald.
Hanya dengan sekeping klip kertas, Kyle Macdonald berjaya mengubah hidup between jobs beliau dan hanya bergantung harap dengan kekasih hati kepada satu cerita perjalanan kehidupan yang menarik dan tak terlampau saya katakan: sehingga menjadi terkenal (sekurang-kurangnya di Canada dan North America).
Ini bukan cerita tipikal bagaimana orang biasa berjaya mengubah nasib menjadi kaya raya atau bagaimana orang biasa boleh menjana banyak duit atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Saya belum habis baca buku ni, tapi setakat yang saya tahu, tidak ada langsung perdagangan melibatkan modal wang dalam cerita Kyle Macdonald. Saya kena berterus terang, saya baru sampai muka surat 179, angka yang jarang-jarang saya boleh capai apabila membaca buku berbahasa Inggeris dalam masa tiga jam. Ini kerana saya agak kurang membaca buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris selain buku-buku pelajaran yang maha tebal (semuanya!). Khusyuk juga saya membaca sampai tak sedar masa, sedang pelanggan-pelanggan di Coffee Club Express tu bertukar ganti. Jika ada yang fikir buku ini akan mengajar anda untuk membuat banyak duit dengan membaca buku ini, sila hentikan tanggapan anda itu.
Projek One Red Paperclip seperti diiktiraf Daily Telegraph adalah “a brizarre and brilliant idea“. Kyle mengguna-pakai konsep permainan Bigger and Better, menukarkan sekeping klip kertas untuk mendapatkan sebuah rumah dengan mengiklankan di Craigslist kepada sesiapa yang berminat (dan mempunyai sesuatu yang menarik sebagai tukaran) untuk urusniaga tersebut. Kyle telah menetapkan sasaran satu tahun untuk mencapai idea gila tersebut. Samada Kyle berjaya atau tidak anda kenalah beli buku ini dan baca! Saya sarankan anda jangan google ‘Kyle Macdonald’ atau ‘One Red Paperclip’ untuk unsur-unsur saspen membaca buku ini.
Happy reading and let me know what you think! ![]()