FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for November, 2007

Nov
26

Minggu ulangkaji

Published by WaWa, under Studi. 28 Comments.

Study week.

Tiada kuliah, tiada tutorial, tiada seminar, tiada kes kelas.

Untuk saya yang cuma ada SATU kertas saja, boleh tahan seronok juga lah.

Tapi yang lebih seronok itu, adalah aktiviti selepas habis SATU kertas.

Yay!

UPDATE 26/11/07 1426:
Sila lawat blog Zeq untuk entri menarik di sini dan di sini.

Nov
23

Fuh, sikit lagi~

Published by WaWa, under Studi. 22 Comments.

Semalam kan, sikit lagi aku tak jadi nak hantar esei EU Law tau. Bukannya apa, lepas dah cetak esei tu kat library, aku bergegas ke Law School Office untuk serahkan esei. Sepatutnya esei mesti dihantar sebelum 3.30pm 22 Nov, semalam-lah. So aku bajet kotak untuk submit mestilah ada kat situ lagi, sebab masa tu baru pukul 2.34pm. Sampai kat ofis, cari kotak untuk subjek EU tak ada. Musykil dah. Panik pun ye juga. Sebab receptionist yang selalu ada kat situ cuti. Kalau tak, boleh je bagi dengan dia.

Panik, tak tahu nak buat apa aku masuk library semula. Buka Moodle untuk tengok balik bila deadline. Sah lah 22 Nov. Tengok masa, memang patutnya tak ada masalah. Musykil betul, manalah perginya kotak tu. Karang letak kat atas meja je tak ada orang perasan pula dan berkemungkinan boleh hilang. Masa tu lah juga aku nak tension. Bukan ke senang kalau esei dihantar melalui email attachment je? Patricia memang leceh, dua tutor yang lain minta tugasan dihantar melalui emel saja. (Next term untuk EU2 aku harap tak masuk grup Patricia, leceh, tak best).

Dipendekkan cerita, aku dan seorang lagi gadis mat salleh* serahkan esei kepada staff kat ofis tu. Itu pun dia yang offer untuk ambil esei kitaorang. Tanggungjawab dia untuk serahkan kepada Patricia. Sebab selalunya apa-apa hal, memang berurusan dengan receptionist, dia kan kat depan. Staff yang tolong simpankan esei kitaorang tu pula kalau tak silap adalah setiausaha dekan. Tapi hei, nasib baik aku tak keseorangan. Haha. Gadis mat salleh tu datang tepat pada masanya. Lega jugalah hati. Ya lah kan, satu; mat salleh tu boleh back up kalau tiba-tiba ada kesulitan dan dua; sekurang-kurangnya aku tau, bukan aku seorang je yang suka HANTAR last minute. Tapi yang menjadi kepelikan aku, kenapa kotak EU1 tu tak ada? Aku saspek Patricia ambil kotak tu lebih awal daripada masa deadline. Bengong.

* Aku tak boleh nak ingat apa nama dia. Hurm… Apa ye? Tapi diaorang tahu je nama aku. Iskh iskh..

Note: Entri personal biasanya tak di edit.

Nov
19

Pejam celik mata

Published by WaWa, under Studi. 23 Comments.

Autumn term ni saya cuma ada 1 kertas saja iaitu pada 11 Disember. Minggu ini sudah pun masuk minggu 8, semua kelas sudah sampai ke penghujung. Tutorial EU Law berakhir minggu lepas, silibus untuk seminar ILS juga telah habis pada minggu 6, awal seminggu daripada yang ditetapkan. Minggu ini (hari ini) sepatutnya ada kuliah ulangkaji untuk EU Law tapi profesor masih berada di hospital, sejak khamis minggu lepas (yang sepatutnya ada kuliah 2 jam EU Law).

Hurm.. Jadi bayangkanlah betapa terluangnya masa saya. Jadual kelas saya pula hanya pada hari isnin, rabu dan khamis. Rabu itu pun cuma tutorial 50 minit. Saya ada membaca apa yang coursemates saya tulis di Facebook antara mereka, dan saya seakan bersetuju. Bila kuliah asyik dibatalkan, ia seakan menjadikan kami semakin malas. Yang menjadikan saya sibuk sedikit adalah coursework. Tapi saya sendiri pun tak faham apa yang saya tulis dalam esei. Terutamanya EU Law. Pening betul. Nasib baiklah ini modul wajib, kalau tidak memang saya tak mahu ambil modul ini. Kononnya syarat kelayakan mendapat ijazah undang-undang English. Padahal periksa sejam tiga puluh minit modul ini tidak lama lagi, sebelas disember itu lah. Dan kami cuma dibenarkan bawa buku EU statute masuk ke dewan periksa. Setakat statute tak membantu langsung.., membantu juga (kot) tapi kalau boleh bawa masuk buku macam Nutcases EU Law, lagi bagus. :P

Pada masa yang sama, saya mulai bosan. Saya mahu tahun ini berakhir dengan pantas. Mahu mulakan semula dengan wajah baru, mood yang lebih meyakinkan. Kerana mood untuk term ini sudah mati. Tidak tahu lah, persekitaran yang pada mulanya menarik akhirnya membuat saya mengeluh panjang, menyesal barangkali. Atau saya yang tersilap membuat percaturan?