Archive for October, 2007

Dia yang tidak popular

Pensyarah EU Law kami, merangkap Timb. Naib Canselor di sini kononnya ada urusan di China selama 2 minggu. Maka, kelas hari isnin week 4 (minggu lepas) dibatalkan manakala kelas dua jam hari khamis week 4 berjalan seperti biasa, digantikan dengan seorang pensyarah lain. Nama beliau tidaklah saya ketahui.

Kalau ikutkan hati yang tiba-tiba malas, saya memang tak nak pergi pada asalnya. Tapi kerana mahu mengetahui cara pengajaran pensyarah ganti ini, mana tahu kot-kot lagi seronok daripada Prof Foster, saya pun ambil keputusan untuk pergi. Bukannya kerana Prof Foster tak seronok, cuma kadang-kadang beliau membuat lawak yang tak menjadi, dia saja yang syok sendiri. Tambah lagi, beliau suka berjalan ke hulu ke hilir pada waktu syarahan beliau. Rasa macam sedang menonton F1 pun ada juga. Hoho.

Nak dijadikan cerita, kelas bermula pukul 2.15pm. Saya (dan pelajar-pelajar lain pastinya) sudah bersedia dengan buku nota dan pen (atau laptop) untuk menulis (atau menaip) poin-poin penting. Keadaan beliau yang statik berdiri sambil memberi syarahan itu amatlah menyenangkan tetapi yang tak boleh tahan adalah beliau terus-terusan membaca teks daripada material pensyarah (atau buku, tak pasti) tanpa ada penjelasan dan langsung tidak mengangkat muka. 10 minit berlalu, saya mula melihat keadaan sekeliling. Beberapa pelajar di barisan hadapan juga saya lihat tidak rancak menyalin poin-poin yang keluar dari mulut pensyarah. Saya rasa bosan, tak boleh beri tumpuan kerana terganggu dengan cara beliau yang hanya membaca teks. Maka untuk menyakinkan diri bahawa bukan saya saja yang berperasaan tidak seronok, saya menoleh ke arah seorang pelajar perempuan yang saya tahu sangat pantas menyalin poin-poin penting. Beliau juga kelihatan tidak ada idea untuk menulis. Pelajar-pelajar yang menggunakan laptop lagi senang nak detect. Sikit sangatlah yang mereka taip di MS Word tu.

Buat pertama kalinya, saya seluk poket dan mula menaip mesej-mesej ke Twitter, menyuarakan rasa tak puas hati. Azreen dan Rasso boleh jadi saksi. Hehe. Tak lama kemudian, Damien, jejaka Inggeris yang duduk di sebelah kanan saya juga membuat perkara sama. Agaknya dia perasan saya bermain text, maka dia pun ikut bermain. Pukul 2.35pm, Martin, pelajar matang dari Nigeria keluar dari lecture hall. Dah-lah dia duduk di barisan paling hadapan sebelah kanan, selamba saja dia keluar betul-betul di hadapan pensyarah tu.

Serius bosan kelas hari itu. Paling tak tahan, pensyarah tersebut siap membacakan lagi apa yang terkandung dalam Articles berkaitan. Saya berbisik dalam hati, “Laa, macamlah kitaorang tak ada buku EU Treaties & Legislation yang boleh kitaorang refer bila-bila perlu. Cukup lah sebut artikel berapa”. Memang dalam hati ada niat nak balik awal bila dia bagi rehat. Maka dalam lebih kurang pukul 3, pensyarah tu bagi rehat 15 minit. Saya lihat ramai pelajar bangun dan memasukkan buku ke dalam beg. Hehe, bagus juga bukan saya seorang saja yang fikir begitu. Saya toleh ke arah Damien dan kata:

I’m going home.

Are you?

Yeah. See you later.

Kemudian, Harvey pula bertanya:

Are you going home?

I am. Bye.

Tanpa banyak cakap (memang dengan coursemate di sini, saya tak banyak cakap), saya terus berlalu. Sempat saya menoleh ke arah pensyarah tu. Reaksi wajah beliau seakan sedikit terperanjat dan hairan mengapa ramai pelajar yang seakan-akan mahu berangkat pulang. Saya ketawa sendiri. Keluar saja dari Chandos Road Building tu, tanpa mengendahkan pelajar-pelajar lain (yang pastinya saya tak kenal pun), saya berjalan ala kartun sambil senyum-senyum dan menghantar mesej ke Twitter.

Dalam hati, “Sah! Kelas ganti 2 jam hari rabu dan juga kelas hari khamis aku memang tak akan pergi”.

Dan hari ini, saya menulis di sini, entri tentang pensyarah ganti untuk kelas EU Law, yang tak popular itu.

Tak rock, tapi kool!

Takkan duduk rumah je, tak rock lah orang bujang ni…

Begitulah kata kak Siti kepada saya semalam, lebih kurang 7 petang waktu tempatan ketika berborak dengan beliau di Google Talk, apabila saya mengatakan tidak ada apa-apa rancangan malam minggu.

Lerr.. nak pergi mana lagi? Kan dah malam. Iskh, iskh.

Hehe. Mana lah tahu. Zaman muda-muda dulu, ok je keluar malam.

Pergh! Tembak baik punya. Penafian di sini. Saya masih lagi muda remaja, harap maklum.

Teringat kenangan di KDU dulu. Bila saja saya graduasi dari Sekolah Memandu SKEM, dan selepas mendapat green light untuk menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda untuk kegunaan harian, pergerakan saya (dan kawan-kawan, semestinya) tidak lagi terbatas. Dengan kemudahan kereta yang ada, gerai Cecawi dan Seroja a.k.a Apox tidak lagi menjadi pilihan utama. Masa tu semua orang dah demand tinggi, mana nak makan gerai depan KDU Hall lagi. Haha. Tidak tahu apa tarikan restoran Naina di seksyen 4, tapi hampir setiap malam saya dan kawan-kawan ke Naina untuk makan malam. Sampaikan pelayan restoran pun dah kenal. Adoi.

Kadang-kadang tu, boleh pula melencong ke KL hanya untuk mencari kelainan. Haa lah kan, kalau asyik hari-hari Naina, muak juga. Tapi selalunya idea gila ni datangnya dari Mimi. Seingat saya, Amna tak pernah pula bagi idea gila pergi makan malam kat Kg Baru. Ini kerana idea Amna agak pelik sikit, yang selalunya tak disangka-sangka. Hane dan Aimi pula selalunya layaaan je. Oh, dan selalunya ekspidisi ke KL yang tujuan asal hanya nak makan malam kemudian akan meleret-leret. Tambah lagi kalau masing-masing tiada kelas pagi. Tak ada lah buat apa pun, hanya pusing-pusing KL melihat spesis aneh-aneh KL pada waktu malam. Spesis aneh ni selalunya tidak akan kelihatan di siang hari, hanya malam saja.

Begitupun, apabila kini jauh dari tanahair dan negara sendiri, selalunya orang akan kata, kita lagi bertambah bebas. Memang tak nafikan akan ada orang yang lebih bebas membuat apa saja kerana di tempat orang tiada siapa pun yang kenal. Bebas sebebas-bebasnya. Tak perlu risau terserempak dengan kenalan keluarga atau kalau kita ini selebriti, tiada paparazi luar yang mengenali kita. Hoh!

Tapi sebaliknya bagi saya di sini, ketika menulis entri ini (1706 waktu tempatan) hari dah gelap, dan aktiviti luar akan tamat pada waktu-waktu begini. Ye lah, apa yang anda mahukan pada waktu sebegini? Kedai semua dah tutup, kecuali restoran berhawa dingin dan restoran take away. Perlu diingat, di sini tidak ada restoran dengan kipas angin yang boleh anda duduk untuk menonton perlawanan bola atau konsert Akademi Fantasia sambil minum teh tarik. Kalau mahukan kemeriahan menonton bola, sila-lah ke pub sambil minum beer. Bagi yang tak minum alkohol, boleh lah minum coke, kan encik Sul?

Itulah bezanya Malaysia tanahairku dengan tempat orang. Kat Malaysia kita boleh ronggeng malam-malam, banyak tempat lepak. Maplee berlambak! Sini maplee mana ada, pubee (disebut pub-bæ) adalah! Dan gadis comel molek seperti saya, sudah tentu lah kurang manis untuk menjejak kaki di sana. 

Oh! Walaupun tak keras duduk di rumah, tapi sejuk! ;)

The Jeremy Kyle Show

The Jeremy Kyle ShowSaya terbayang jika saya berada di Malaysia, barangkali jika saya buka tv pada awal pagi hari-hari bekerja, yang mungkin boleh menarik minat saya adalah MHI TV3. Tetapi di sini, sejak punya tv sendiri dan kerana saya tidak ada kuliah pagi saya pasti akan buka channel ITV untuk menonton The Jeremy Kyle Show.

Continue reading ‘The Jeremy Kyle Show’