FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for September, 2007

Sep
10

Kemaskini Pantas IV

Published by WaWa, under Blog. 22 Comments.

Sedang menonton The Guardian, kemudian M memecah keheningan suasana.

M: M2, kalau kawan baik kau mati dan meninggalkan isteri berusia 23 tahun, serta anak-anak, adakah kau akan kahwini isteri kawan baik kau untuk mengambil alih tanggungjawab?

M2: Kalau dia menepati citarasa aku, kenapa tidak?

M: F, macammana pula dengan kau? Kononnya kau baru 23, dan apabila kawan baik suami kau datang melamar kerana merasakan adalah tanggungjawabnya untuk menjaga kau, adakah kau terima?

F: Errr… susah nak cakap! Haha. Tapi, serius, kemungkinan itu tidak tinggi. Kau?

M: Aku akan kahwin dengan isteri kawan baik aku, sebab aku rasa itu tanggungjawab aku.

Senyap lagi, sambung menonton The Guardian.

F: Senang je kau cakap nak kahwin, macammana pula kalau kau memang dah kahwin, pernah terfikir perasaan isteri kau?

M & M2: Errr…

F: Tipikal lelaki. Tau nak kahwin leebiihh je.1

M & M2: (Terus senyap)

Footnotes:
  1. Tiada niat untuk menegangkan suasana, ungkapan ini diucap hanya sebagai gurauan. Jangan marah ye []
Sep
04

Batu yang aneh

Published by WaWa, under Blog, Foto. 40 Comments.

Stonehenge

Trip satu hari ke Salisbury untuk melihat sendiri stonehenge di sana, walaupun bukanlah trip yang hebat, dan tak semua rancangan menjadi, tapi kemudiannya apa yang kita lalui itu akan menjadi satu pengalaman yang tak akan kita lupa. Barangkali, beberapa tahun akan datang, bila kita duduk dan bercerita semula kenangan-kenangan lama, yang walaupun pahit, ia mungkin akan menjadi satu jenaka yang manis untuk semua akhirnya.

Dari Amesbury ke Stonehenge, 3.2 km

Betul lah orang kata, apabila kita berusaha bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu, dan apabila akhirnya kita berjaya, maka keseronokkan yang kita kecapi adalah sukar untuk digambarkan.

Sedikit tambahan: Angin terlalu kuat di Amesbury dan Stonehenge. Saya hampir-hampir demam kerana itu. Terdedah kepada angin kuat dan berbaring di atas rumput di Stonehenge tu selama hampir sejam juga akhirnya menyebabkan saya pening di sebelah kiri.

Adoi, di-tagged lagi! Kali ini datangnya dari (kak) Dhiey. Saya kononnya diminta untuk mempamerkan foto-foto dari tahun 2000 sehinggalah 2007. Hoho. Susahnya mengalahkan susah “Pesta Tag Merdeka”.

Sebelum tu nak beritahu, koleksi foto tahun 2000 dan 2001 memang tiada dalam simpanan. Kalau ada pun, entah di mana-manalah letaknnya foto-foto tu. Owh, mungkin ada terselit sekali dalam koleksi surat-surat cinta monyet daripada peminat, kot. Hehe. Kredit kepada adik saya, Anwar kerana bersusah payah memilih gambar-gambar ini dari album peribadi saya DAN mengimbas gambar-gambar tersebut. Alah, sebenarnya dia tu malas juga nak tolong, kalau bukan pasal ada barang yang dia pesan, jangan harap lah. Haha.

Maka dengan itu, terimalah foto-foto pelbagai wajah saya.

(more…)