FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for August, 2007

Aug
30

Malaysia & UK : Celebrating 50 years together

Malaysiaku GemilangSaya, WaWa dari FaWaRi.net, seorang pelajar Malaysia di rantauan, ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia, SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-50.

Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara, walau di mana saja anda berada, jangan kita lupa bahawa kita adalah rumpun Malaysia dan kita harus berbangga kerananya.

Semoga bangsa Malaysia terus bebas dari sebarang bentuk penjajahan! Kerana Malaysia adalah milik kita.

Lagu ini untuk anda semua:

Kau…
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera Puteri mu tersenyum riang ria
Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya
Dibawah naungan payung mahkota

Ohh…
Pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia nusaku tercinta

Tumpuan.. pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia

Kepada mu oh pertiwi
Kasih ku abadi
Sejati murni
Rela ku Berbakti mesti terkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh Tanahairku ( 2X )

Nota: Diterbitkan pada 5 petang, 30 Ogos 2007 bersamaan 12 tengah malam, 31 Ogos 2007 waktu tempatan Malaysia.

Kredit Foto: Home British High Commision KL dan LiewCF.

Aug
29

Saya telah di-tagged oleh Rjuna, sempena hari kemerdekaan 50 tahun Semenanjung Malaysia (dahulu Tanah Melayu) pada 31 Ogos nanti. Tag ini dinamakan ‘Pesta Tag Merdeka 50′. Syarat penyertaannya adalah:

  1. Sebarkan tag ini dengan memilih 5 orang penulis blog yang kita suka
  2. Entri untuk tag ini mestilah panjang

Baik, sila mulakan entri anda dengan:

Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana…

(more…)

Aug
28

Melangkah dengan senyap

Sshh, perlahan-lahan. Pastikan tapak kasut anda tidak berbunyi ketika melalui kawasan ini.

(more…)