FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for July, 2007

Lebih kurang pukul 7pm tadi aku, Janet dan Adnan ke city centre untuk dinner. Agak awal tapi Janet bagitahu yang Adnan tak makan tengah hari, so aku pun ok aje lah. Adnan bawa aku dan Janet ke ASK, sebuah restoran Itali. Aku memang sebenarnya tawar hati sebab aku tak makan pasta atau spegeti. Ya, aku memang pelik tapi nak buat macam mana kalau aku telan pasta atau adik beradik pasta aje aku boleh muntah. Tak percaya tanya Amna, atau Mimi. Kan, kan??

Janet kata ade je dia tanya Adnan restoran tu halal atau tak sebab dia tahu aku cuma akan makan yang halal saja (eh, mestilah kan!) tapi Adnan dengan gaya “it doesn’t matter” nak juga ke ASK. Tak sensitif langsung! Berbuih aje mulut aku explain konsep “baca Basmallah dan makan” tu tempoh hari. Sampai kat luar restoran, aku dan Janet berdiri kat luar tengok menu ASK tapi Adnan yang memang tak gentleman tu terus masuk tanpa menunggu kami. Dia siap dah duduk tengok menu bila kami masuk.

(more…)

Jul
13

Bridget Jones's diarySetiap penulis blog mempunyai sebab dan tujuan sendiri membina blog. Ada yang hanya suka-suka, ada yang mengikut kawan, ada yang mahu kelihatan cool, ada yang menanggap ia satu trend, ada yang mahu mengganti diari dan pelbagai sebab lagi.

Saya pernah melayari pelbagai jenis blog, daripada dahulu sebelum ramai orang mengetahui kewujudan blog sehinggalah blog boleh menjadi medium yang menakutkan sesetengah pihak. Daripada blog yang menulis kisah bermula dia bangun pagi sampailah masuk tidur sehingga ke blog yang mengupas isu-isu di seluruh dunia, semuanya pernah saya layari. Ada blog yang menarik dan ada blog yang sungguh merepek serta tiada asas. Daripada itu pelbagai jenis, stail dan skil penulisan pernah saya jumpa.

Sambutan terhadap sesetengah blog juga pelbagai. Ada blog yang mempunyai ramai peminat dan pembaca (hi there!) dan ada blog yang memang kurang sambutan la..la..la..la.. tapi masih tetap gah dan setia menulis (hi me!). Bukan mahu membangga, tetapi jika saya memblog hanya kerana mahu populariti (Ops, populariti itu tidak salah. Ia satu bonus! :p) mungkin sudah lama blog ini, atau blog dahulu terkubur.

Semua yang saya sebutkan ini, sebenarnya bergantung dengan sebab sebenar dan tujuan asal anda menulis blog. Pernahkah anda terfikir atau bertanya kepada diri sendiri, apakah sebab dan tujuan anda membina sebuah blog? Tolong, beritahulah saya. ;)

..akan bersambung di bahagian #2..

Jul
11

Lihatlah Langit Biru

Tanpa kata. Noktah.