Ouch. Saya baru tahu Yang Amat Berbahagia Pak Lah dan isteri rupanya bercuti di Australia selama 10 hari. Ohoho.. Selamat pulang Pak Lah dan isteri. Bagaimana Melbourne, best? Tapi saya agak musykil sedikit, bolehkah diterima akal jika pesawat khas Perdana Menteri digunakan untuk tujuan peribadi? Tambah lagi, tiada masa lainkah untuk YAB bercuti sehinggakan memilih untuk tidak mengiringi DYMM Tuanku menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-211? (Ketika entri ditulis, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah selesai). Hurm..
Haa, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Kerana diejek, dipersenda dan digelar “Saddam” selama 4 tahun, Iqbal Rasheed akhirnya menerima pampasan £42,500! Kepada yang tidak tahu, di UK mereka ada apa yang dinamakan The Race Relations Act 1976. Akta ini membenarkan mana-mana individu yang mengalami direct or indirect racial discrimination untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah atau tribunal. Eii.. kalau perasaan takut dianggap terrorist atau mendapat tanggapan buruk, boleh kira tak? Kalau ya, huyoo.. kaya weh!
Malaysia memang pemurah. Anda setuju? Sungguh! Hanya menetap di negara ini selama 2 tahun dan menyumbang bakti kepada negara, dengan mudah anda diberi status penduduk tetap! Saya taklah menafikan kelayakkan jurulatih import untuk badminton negara itu mendapat status penduduk tetap, tapi kenapa bagi mereka yang sudah berhijrah ke negara ini lebih 20 tahun, sudah mempunyai keluarga dan beranak pinak di sini, tambahan lagi tinggal di Sabah, walaupun sudah memohon taraf warganegara/penduduk lebih 10 tahun tetap masih amat sukar dan tiada jaminan. Makanya, anak-anak mereka yang walaupun ada yang bijak pandai, hanya mampu belajar sehingga STPM tapi sukar mendapat peluang pekerjaan di agensi kerajaan apatah lagi bermimpi mahu melanjutkan pelajaran di IPTA. Fikirlah!
Saya quote: “Each of you is British. You were born here, your families live here, you went to school and university here. You hold British passports. You live under the protection of its laws, which give you freedom of speech and religious observance. Yet each of you was prepared to break its laws”. Itu kata Judge Peter Beaumont, ketika menjatuhkan hukuman kepada 5 remaja Islam British atas tuduhan membuat persediaan menjalani latihan di Pakistan dan kemudian berperang di Afghanistan menentang askar British. Di akhir artikel berkenaan, ada bahagian Have Your Say. Baca komen-komen yang ditinggalkan pembaca The Times dan beritahu saya, apa pendapat anda.
Nampaknya tahun ini musim panas di UK bukan di antara musim panas yang terbaik. Jumaat minggu lepas hujan lebat tidak henti-henti sehingga mengakibatkan beberapa laluan jalan raya dan kereta api ditutup akibat banjir. Hari itu saja mengakibatkan 141 penerbangan di Heathrow terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk. Isnin minggu ini pula, Abingdon di Oxford juga banjir. Hoho. Terima kasih kepada yang prihatin dan bertanya keadaan saya di sini. Ya, city centre tidak apa-apa, tapi hari itu banyak juga kedai yang tutup awal. Ada terlintas di fikiran saya tempoh hari, bagaimana jika banjir sampai ke sini? Err.. ada sesiapa mahu hadiahkan kasut but getah atau err.. pelampung? Yay! Bot pun boleh juga. Hehe.
Dan satu fakta menarik mengenai bumi UK ini. Tahukah anda di Scotland mereka mempunyai 4 jenis not wang kertas termasuk wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank of England. Mahu tahu lebih lanjut? Mari, layari blog encik Fajar di Fajar Seluas Angkasa.