Archive for June, 2007
Dua Puluh
Dua Puluh. Genap. Hari ini.
Selamat hari lahir, WaWa.
UPDATE 10.15pm – SPECIAL THANKS:
Azri, Ayient (2x), Hane (3x), Amna (2x), Fariq, Faizul, Najwa (2x), Kak Net (2x), Yusuf, Sheila, Sis Siti, Wan Azlan, Rydz, Fadzlin, Ain, Kak Jaja, Mimi (2x), Janet, Sofiyan, Piqa, Erra, Ploi, Niesa, Daus, Shaza, Adnan, Day, Sle, Samsul, Salha, Thaza, Zamney (2x), Juana, Finna, Azreen, Kak Dhiey, Kak Wana.
Firdee, Karlbum, Ady, Kasyah, Sankai, Chika, MohdIsmail, Syafrizal, Ikoko, Lisa, Yattie, IZDotCom, Rjuna, Cicak, Tuan Tanah.
Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi mengucapkan selamat kepada saya! Kalian semua memang rock~!
Oh, kepada penyanyi koir khas dari New Zealand: Niesa, Mimi, Daus dan Shaza: “Err.. walaupun suara korang tak lah sedap sangat, tapi terima kasih banyak-banyak atas nyanyian itu. *Lama gile dengar suara korang*. Tahun depan, buat kek sekali ye~”
To my dearest Hane, wah! Sampai tiga kali. OK. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
To Janet and Ploi, thank you for the present.
Saya sayang anda semua~ Yeah!!
Fast Update
Saya hanya ada dua soalan.
Pertama:
Berapa jam dalam sehari masa yang anda peruntukkan untuk mengunjungi blog rakan-rakan dalam blogroll anda dan juga RSS yang anda subscribe?
Saya sendiri memperuntukkan 2 jam (kadang-kadang lebih) hanya untuk membaca blog rakan-rakan dalam blogroll, dan juga RSS yang saya subscribe. Kalau mahu cepat, saya selalunya hanya akan menggunakan Google Reader dan baca hanya RSS yang di-subscribe. Ada sesetengah blogroll, yang saya subscribe juga, itu adalah antara blog-blog yang memang wajib baca.
Sebab tu kadang-kadang, saya tak tinggalkan apa-apa komen di blog anda.
Kedua:
Untuk menulis satu entri, berapa lama masa diperlukan?
Masa standard untuk setiap entri yang saya perlukan ialah satu jam. Ia termasuk menulis, menyusun ayat, mencari sumber (jika perlu), membaiki struktur ayat, membina dan menyusun perenggan dan akhir sekali proofreading.
Saya utarakan soalan-soalan ini atas dasar ingin tahu.