Archive for May, 2007

RM1

Semalam semasa saya on the way ke rumah kawan, saya tak perasan meter minyak tu dah takat E. Mulanya saya fikir sempat je isi minyak selepas dari rumah kawan. Tapi mengenangkan destinasi masih jauh lagi, kemudian pula hari panas dan saya pasang aircond kuat, saya kemudian buat pusingan U ke Petronas. Saya tak periksa pun dompet kalau-kalau ada duit.

Sampai di Petronas saya matikan enjin dan buka tempat isi minyak. Buka dompet dan alangkah terkejutnya saya cuma ada beberapa keping RM1. Terfikir juga saya sebab saya pasti ada sekeping not RM10 dalam dompet semalam. Tak ingat pun kalau dah guna ke belum. Kemudian datang seorang pekerja Petronas dan buka pintu di sebelah pemandu.

“Kejap eh..”. Saya. Panik.

“Boleh bah..”.

Saya keluarkan semua RM1 yang ada dalam dompet. Kira. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Erm..bolehlah. Tapi segan juga.

“Nah, RM9 je lah. Tak cukup duit. Boleh bah ni kan…”. Kata saya, cuba berlagak cool. Dia angguk dan tekan-tekan kat pam minyak. Saya keluar menuju ke tong sampah sebelum mula mengisi minyak.

“Kak, alang-alanglah bah RM10″. Kata pekerja tu sebelum dia beralih ke kereta di pam bersebelahan.

“Ah? Mana ada RM1 nih..”. Saya terkejut. Masa tu dia dah pun ubah RM9 menjadi RM10.

“Nda apalah, aku last juga sudah ni.”. Kata pekerja tu dan beralih pergi.

Selepas isi minyak saya terus beredar. Nampak pekerja tadi tu sedang berdiri berdekatan kaunter, dan saya angkat tangan, tanda terima kasih.

Cerita yang hampir serupa boleh didapati di blog ini. Bezanya, saya tidaklah sesedih dia. Hehe.

Update 1/06/07 22:54 – Kali ini cerita tentang RM1 di Semporna

Statistik Kata Kunci

Selama ini saya selalu nak tahu apakah keywords yang sering digunakan dan popular di enjin pencari untuk sampai di blog FaWaRi ni. Kerana itu saya gunakan ShortStat, dan ia memberi saya jawapan yang agak memeranjatkan.

Screenshot ini menunjukkan kedudukan kata kunci 11 yang teratas untuk blog saya.

Pertama kali lihat statistik ini saya berasa teruja. Jika tidak kerana entri ini, kata kunci yang mendominasi enjin pencari untuk sampai ke blog saya ini tentu adalah pembentukan Malaysia. Blog saya ini tentulah tidak seberapa, tetapi daripada statistik yang ditunjukkan, saya mendapati bahawa sebenarnya ramai dalam masyarakat kita yang meminati benda-benda mistik. Tetapi saya kagum juga melihat kata kunci kedua yang menduduki carta statistik FaWaRi. Sementara ada diantara kita yang gemarkan perkara mistik, ada juga yang berminat mengetahui sejarah penubuhan Malaysia.

Nampaknya saya perlu menulis banyak perkara yang pelik. Haha. Tidaklah. Gurau saja.

Dua Buku Baru

Untuk mengisi masa lapang saya yang terbentang luas ni, saya dah beli lagi 2 buah buku di UjanaIlmu. Alhamdulillah, baru saja selamat diterima beberapa minit tadi.

Bila Tuhan BerbicaraMemeluk Gerhana