FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Tadi baca blog Roslan SMS, dan entri beliau kali ini berkenaan kemungkinan para blogger perlu didaftarkan, setelah isu tentang blogger dibangkitkan di Parlimen. Jika perkara ini menjadi realiti, maka hilanglah kredibiliti para blogger itu sendiri. Adakah kebebasan bersuara tidak relevan lagi? Sejak kebelakangan ini, para blogger khususnya yang menulis tentang pemerhatian mereka terhadap isu politik semasa, didakwa menyebarkan fitnah berleluasa di internet. Ada juga pemimpin atasan mengatakan, sesiapa yang suka mendengar cerita-cerita di internet, boleh jadi gila.

Kelakar! *Ketawa guling-guling macam ikon YM*. Kot ya pun nak memberi ekspresi bahawa membaca berita di internet tu mungkin tidak benar dan tidak boleh dpercayai, tak payahlah memberi kenyataan sedemikian. Tak profesional langsung.

Beberapa tahun dulu kewujudan para blogger langsung tidak memberi sebarang ancaman kepada sesiapa, malah tidak pernah dipedulikan kewujudannya oleh pihak-pihak berkenaan. Tetapi selepas penggunaan blog ini sendiri semakin meluas, menampakkan betapa rakyat Malaysia semakin ramai celik IT, maka sana sini pihak-pihak berkenaan itu menggelupar keresahan. Kalau pembaca blog boleh jadi gila, maka yang memang gila adalah penulis blog (blogger) tu sendiri. Tapi golongan penulis blog yang gila itulah juga yang educated. Ada lawyer, ada pensyarah, ada guru, ada pelajar Sarjana. Tambahan lagi, mereka ini celik IT. Yang kat dalam dewan tu kata nak memantau blogger lah, mendaftar blogger lah; mereka tu pernah ke guna komputer? Surat rasmi pun suruh setiausaha buat. Haha… Contoh terdekat, bapa aku. Satu penggal kat kementerian, aku ingat dah pandai guna komputer. Sekurang-kurangnya, nak taip surat tu semua tahu lah kan. Alih-alih, nak hidupkan komputer pun suruh anak-anak. Tapi kalau nak mengkritik kerja surat orang lain, nombor satu. Agaknya begitu jugalah golongan pentadbir di kementerian itu.

Orang kata, tiada angin masakan pohon boleh bergoyang. KJ kata, kadang-kadang monyet yang goyangkan pohon tu. Sebagaimana celiknya rakyat Malaysia terhadap IT, sebegitu bijaklah juga mereka untuk menimbang-balik kebenaran sesuatu berita. Tak perlu risau, tak perlu rasa goyah. Sedangkan cerita di dada-dada akhbar pun belum tentu boleh dijamin kebenarannya seratus peratus.

TAMBAHAN 06/04/07): Kenapa perlu takut dengan para bloggers yang kecil ini? Kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan, pada pendapat saya secara peribadi, berdasarkan pengamatan kecil saya, perlu diambil berat oleh kerajaan sendiri untuk menambah-baik jentera pentadbiran kerajaan. Bukan dengan cara menyekat dan mengawal sebanyak mungkin media komunikasi!

Saya yang menulis. Untuk profil saya, sila lihat About.

3 Comments

1  Malaysia bloggers may have to register? | Jee’s Life

[…] See what other bloggers said… Malaysia Considers Registering Local Bloggers Bloggers may have to register Malaysian bloggers may have to register The Frog and the Blog Blog Registration? Move to register bloggers in Malaysia Get those damn lying bloggers Pointless for bloggers to register Proof that our country needs smarter people in the government Pendaftaran blogger April 5, 2007 l Filed under World Wide Web, Malaysia […]

Written on April 5, 2007 at 10:48 pm

2  FaWaRi » pelik tapi benar

[…] Sebenarnya saya selalu teragak-agak kalau rasa nak menulis pasal isu semasa dalam negara. Saya takut sebenarnya. Cuma bila saya rasa betul-betul tak puas hati, barulah datang perasaan “lantaklah! apa nak jadi, jadilah!”. Sebagai orang muda, yang biasanya orang kata cepat panas, memang begitulah. Maka jika ada entri-entri saya yang berkenaan, kemudian ada pula cacat cela dari segi penulisan fakta, sila perbetulkan. Contohnya macam kalau (saya kata kalau) saya tulis “Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1963″ atau “Hukuman mati mandatori tidak wujud di Malaysia”, malah saya pula mendakwa dengan yakin, sila betulkan saya. Permintaan saya sesuai untuk entri-entri yang berkaitan dengan isu lebih hangat daripada biasa di Malaysia, seperti entri Pendaftaran Bloggers. OK. Entri untuk tajuk kali ini bermula di bawah. […]

Written on April 7, 2007 at 12:29 am

3  dhiey

Sepatutnya kerajaan tak usah campur tangan. -kata saya

Written on April 11, 2007 at 9:22 pm

Leave a Comment