Saya sedang enak dibuai mimpi bila fire alarm menjerit melontarkan vokalnya yang lantang. Dengan malas saya tengok jam loceng dan “Mak oiii.. baru pukul 5.30 pagi! Gila!”. Perlahan-lahan saya bangun, menyelak tabir dan menjenguk ke luar. Tiada seorang pun. Lama-lama saya berdiri depan tingkap sehingga saya nampak seorang dua yang keluar, barulah saya capai tudung, sweater dan kunci. Hati saya menyumpah: “Baik ada orang nyalakan api dan mulakan kebakaran, kalau tidak…”. Seperti yang disangka. Tiada apa-apa berlaku. Tak sampai 5 minit pun berdiri di tapak perhimpunan tu. Rasanya baru 1 minit sampai, kemudian seorang pelajar lelaki yang agak berusia meminta maaf. Tak silap saya, dia ni kerja part time dengan hall juga. Eii.. geramnya tak terkata.
Saya cepat-cepat melangkah balik ke bilik. Malangnya, mata saya dah tak mengantuk. Puas saya pujuk, tidak juga terlelap. Rasa di hati memang geram. Mana taknya, sedang elok bermimpi indah tiba-tiba diganggu dengan vokal fire alarm yang mengalahkan Aizat AF5, yang berakhir dengan aman dan tenteram, yakni tiada kebakaran. Lama juga saya cuba tidur kembali, kemudian mengalah, buka laptop dan menaip entri ini.
Pesanan hari ini ialah: Bunyikan penggera kebakaran bila perlu saja. Kalau ya pun nak buat latihan kebakaran, boleh tak buat sebulan sekali ke, dua bulan sekali ke. Dan cari masa yang bersesuaian. Kalau penggera berbunyi secara tak sengaja, sila matikan dengan cepat. Tak payah tungguh orang semua dah keluar, baru nak matikan, sedangkan tiada apa berlaku. Dan lagi, kalau nak masak-memasak tu pastikan asap tak memenuhi ruang dapur. Penggera kebakaran ni sensitif. Sekian, terima kasih.

