Archive for November, 2006

Catatan perjalanan ke PPPTR

IMG_3971.JPG

Khamis, 23 Nov

Perjalanan ke rumah Amna selama 3 jam dari pukul 10pm khamis lepas ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak Jengka memang memenatkan. Tambah-tambah lagi bila saya yang menjadi drebarnya. Memandu dalam pekat malam, jalan pula agak kurang familiar menjadikan saya terpaksa berhati-hati. Berpesan kepada empat rakan yang lain agar tidak langsung tidur sepanjang perjalanan kerana dua sebab. Pertamanya kerana untuk lebih berhati-hati dan alert pada persekitaran sedang alasan kedua berbaur dengki, mana boleh saya terpaksa menahan mata dan menumpu perhatian pada pemanduan sedang mereka seronok dibuai mimpi? Haha.

Singgah sebentar di Petronas Bentong R&R membeli secawan coffee. Fuh, memang kaw! Pukul 1am baru tiba di destinasi. Usai solat Isyak, kepala capai bantal dan terus terlelap. Penat yang amat, apatah lagi bila petangnya terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas ke Bukit Bintang mengambil Nurul dan menemaninya pula ke KDU. Usai urusan, yang termampu hanyalah menghantarnya ke KL Sentral dan memecut pula ke Sg. Buloh mengemas baju dan bertolak.

Continue reading ‘Catatan perjalanan ke PPPTR’

Yang berlalu biarkan berlalu

Exam dah habis akhrinya. 2 paper kritikal, Contract semalam dan Tort hari ini benar-benar menyeksa jiwa dan raga. Alhamdulillah untuk Contract, 3 daripada 6 soalan keluar topik tentang Promissory Estopel, Misrepresentation dan Formation of Contract (case study). Erk, sakit otak juga sebenarnya. Kalau tidak kerana kebetulan menumpukan pada Misrep dan Formation, saya langsung tidak boleh gembira. Tentang Promissory itu, terima kasih pada Putri dan Amir yang beri penerangan kepada saya..itupun last minute study. Kalau soalan keluar tentang Consideration, saya memang tiada masalah. Nasib baik saya tanya Putri tentang Promissory beberapa jam sebelum exam.

Saya keluar exam dengan sedikit tersenyum, tidak mahu berlebih-lebih sebab risau paper Contract. Tertekan juga sebenarnya. Ada kisah yang lucu tentang Waney, tapi nanti-nanti je lah saya ceritakan.

Untuk paper Tort hari ini, saya sebenarnya sangat-sangat gemuruh dan gelisah. Tort bukan makanan saya. Trespass, Rylands v Fletcher dan Negligence nampak senang, tapi saya betul-betul tak dapat hubungkan dengan CPU otak saya. Mungkin juga sebab dah di-set-kan betapa Tort ini tidak seronok. Haha.

Jika saya risau tentang Contract, berkali-kali ganda saya risau tentang Tort. Mimik muka saya ketika keluar exam begitu menampakkan kerisauan. Hurm..sekurang-kurangnya itulah yang saya rasa. Classmates lain juga saya fikir begitu. Saya, Waney dan Putri bising-bising selepas habis exam. Amir? Terus hilang sebaik exam berakhir.

Ini betul! Jika result masih tidak memuaskan, saya tidak akan sambung law untuk degree. Haha.

Oh~ selepas exam tadi, saya terus ke OU, menonton movie bersama kawan-kawan. Konon untuk menghilangkan segala penat lelah, dan rasa gusar di hati. Casino Royale – kenapa James Bond tak hensem (dan tua)!?!! :(

Tak Tahu Antara Dua

Keluarga ku bukannya berharta
Dan akulah satu-satunya
Harapan untuk menyara
Mereka di hari tua
Begitulah hendaknyaDiriku pun juga begitu
Ke sini tuk mencari ilmu
Tak sangka pula kau yang ku jumpa
Berbelah bagi ku bertanya
Mana satu yang harus dikejarkan

Dah dengar lagu baru Adam & Farah, Tak Tahu Antara Dua? Mulanya saya fikir cerita lagu ni lebih kurang lagu Farah; Antara Dua, kononnya tak tahu nak pilih jejaka idaman yang mana satu. Tapi selepas dengar beberapa kali kat radio baru perasan rupanya ni berkisahkan tentang mereka yang dilema, nak pilih cinta atau cita-cita/kerjaya. “Mana satu yang harus dikejarkan?”, sah-sahlah ilmu dahulu kan.

Kita tak tahu antara dua
Hala yang berbeza
Kiri kau menjanjikan cinta
Kanan menjanjikan kerjaya
Oh yang mana…

Spontan saya tergelak sebab bukan susah sangat nak pilih antara dua tu. Pilihlah yang mana lebih utama dan penting dulu. Belajar dulu, kejar cita-cita barulah fikir nak bercinta. Okeylah, berlagak pandai je kan saya ni? Setengah orang mungkin akan kata, senang je nak cakap. Konon kalau hati dah kasih, dah sayang, mesti berat hati nak lepas kan? Tapi kalau saya yang diberi pilihan antara dua tu, tentulah pilih untuk belajar terlebih dulu kan? Apa susah sangat! Tu pun nak pening-pening kepala. Tapi kalau pilihan tu boleh lebih dari satu, err..tak salahlah nak pilih cinta sekali. Betulkan? Haha.

Kita tak tahu antara dua
Pilihan yang nyata
Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita
Agar hati membimbing kita
Tak tahu antara dua

Semalam on the way nak ke KD dari Gombak, lagu ni keluar kat radio. Saya cerita kat Nadjah pasal lagu ni. Sampai part “tak tahu antara dua..” serentak saya dengan Najdah mencelah tapi dengan jawapan lain-lain, “belajarlah dulu” – “pilih dua-dua sekali”. Lepas tu masing-masing diam. Dalam hati, err..berbeza rupanya jawapan untuk orang yang single dan yang dah berpunya ni.

Takkan lari gunung dikejar
Semoga diizinkan cinta
Selesaikan yang dah bermula
Sementara usia masih muda
Tapi tidak ku nafi hati ku sangsi

Sejak tergerak hati
Terbuka terima cinta
Lebih banyak soalan
Berbandingkan jawapan

Dan hati saya ketawa sendiri.