[ tiada dalam gambar: abang & erra (photographer) ]
mi vida loca. no?
[ tiada dalam gambar: abang & erra (photographer) ]

Salam aidilftri, salam kemaafan.
Semoga lebaran tahun ini, akan lebih bermakna buat kita semua.
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkiraBertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwaPetikan lirik; Suasana hari Raya – Anuar Zain & Elina
Ok. Ini part 2.
Saya di sekolah, ada seorang kawan yang boleh dikatakan rapat. Namanya H. First impression saya kepada H dulu ialah dia sombong. Muka masam, tak bertegur sapa dan serius. Ok, saya tak bajet pun saya boleh rapat dengan dia. Lepas kenal dengan H, saya masih rasa janggal. Sebab H bukan macam kawan-kawan lain yang happening. H agak kurang bercampur, pada mulanya. Jadi, saya mesti bersikap cool setiapkali berbual dengannya.
Antara sedar, lama-lama saya boleh juga masuk dengan H. Tapi semestinya tidak ketawa hu-ha macam bila bersama dengan kawan-kawan lain. Dia agak ayu, saya sedikit brutal. Sebenarnya, tidaklah rapat sangat pun. Kami lain course; saya Law, dia Business. Di sekolah memang jarang terserempak, kadang-kadang di surau, cafe atau IT Lab. Di Hall, unit H selalu menjadi tempat persinggahan saya; sebagai rumah kedua, penghuni ke 6. Kerana di sana ada kawan-kawan yang happening dan sekepala dan saya boleh tumpang tengok TV. Begitupun, tetap ada rahsia-rahsia yang hanya saya dan H yang tahu. Ermm..dan sampai sekarang insyaAllah rahsia-rahsia itu masih teguh dalam tangan kami.
Continue reading ‘ukhwah itu terletak pada ingatan seseorang pada saudaranya dalam doanya’