Archive for August, 2006

Kemerdekaan 49

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-49.

Semoga tidak ada lagi penjajahan, samada fizikal atau mental.

Semoga segala perselisihan, persengketaan atau dendam kesumat akan berakhir. Tidak perlu lagi ada perbalahan!

Semoga yang terbaik dikurniakan pada negara Malaysia. Amin.

#Jika Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, apa pula yang berlaku pada 16 September 1963?

Tak pandai Q ke?

Saya tengah berbaris untuk check-in bila sekumpulan keluarga Cina tiba-tiba memotong barisan saya. Ok, saya masih boleh terima kerana ada sebahagian mereka yang memang telah berbaris di hadapan saya. Melihat mereka terlalu ramai, saya beralih ke kaunter sebelah.

Di kaunter sebelah, orang tidak ramai. Sementara menunggu giliran memang tidak ada orang yang berada di belakang saya. Sehingga orang terakhir dihadapan saya barulah ada seorang perempuan bertudung labuh ungu berdiri di belakang. Kemudian tanpa disangka-sangka seorang perempuan dari kumpulan keluarga Cina tu berdiri disebelah saya. Dalam hati saya menyumpah. Tadi potong, sekarang pun potong. Geram betul! Dahlah saya sakit kepala masa tu, mood memang tak baguslah.

Saya tau perempuan tu cuma nak check-in sebab kumpulan diaorang memang ramai, ambil masa yang lama. Tapi saya tak peduli. Memang nekad tak bagi chance. Kot ye pun nak potong barisan, cubalah bertanya dulu. “Dik, saya nak check-in dulu, tidak ada beg, jadi tidak lama. Boleh tak?”. Susah sangatkah? Nampak sungguh kurang ajar bila potong barisan orang tanpa rasa segan. Sudahlah bila saya bergerak ke hadapan sedikit dia pun ikut sama ke depan. Ces, nampak sungguh tidak bersopan.

Selesai orang dihadapan saya terus menolak badan ke depan walaupun saya tahu dia berbuat sama. Nasib baik saya cepat, padan dengan muka dia. Saya perasan dia terus berdiri di belakang saya, tanpa mengendahkan perempuan bertudung labuh tuh. Eii ya Allah, geram betul bila saya ingat balik. Selepas saya check-in, perempuan tu terus ke depan kaunter dan yang bertudung labuh tu pula terpaksa menunggu lagi. Bila saya cakap dengan mama, dia pun cakap “yang tuduh labuh tu kan di belakang tadi?”. Baby pun tau siapa yang ada di belakang saya tadi.

Lagi yang saya tak puas hati, masa saya berdiri di kaunter sebelah sementara tunggu giliran, seorang pakcik dari kumpulan tu memandang saya dan katakan sesuatu tapi saya tak dengar. Tapi mengikut pemahaman saya lah kan, dia macam tegur saya bila dia nampak saya macam nak potong barisan dia sedangkan ketika itu, saya cuma berdiri dekat dengan barisan dia. Tak adilkan? Padahal anak/cucu/saudara dia pula senang-senang cuba nak potong barisan saya. Ceh!

Saya yang menulis blog

akan dikemasi kini~

[Berita Harian] Pengendali laman blog ibarat penembak curi