Archive for July, 2006

cerita MKM..

Malam Seribu Bintang

akan dikemaskini..

Jemputan Ke Malam Kebudayaan Melayu KDU College 2006

MKM 2005

Dikesempatan ini saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua rakan pembaca dan rakan-rakan Geng Jurnal untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi majlis makan malam sempena Malam Kebudayaan Melayu 2006 anjuran Malay Cultural Society (MCS) KDU College.

Malam Kebudayaan Melayu yang membawa tema “Malam Seribu Bintang” ini merupakan acara kemuncak bagi Minggu Kebudayaan Melayu yang akan dilangsungkan pada 25hb – 28hb Julai 2006. Butiran lanjut tentang makan malam ini adalah seperti berikut:

Acara: Malam Kebudayaan Melayu KDU College 2006
Tarikh: 28hb Julai 2006 (Jumaat)
Masa: 8.00pm – 11.00pm
Perasmi: Pn. Nori bt. Abdullah
Tema: Malam Seribu Bintang
Pakaian: Formal
Artis: Dina – Malaysian Idol 1

“Malam Seribu Bintang” dipilih sebagai tema pada kali ini untuk membawa kita mengimbau kembali dan mengenang jasa-jasa tokoh yang berjasa kepada negara dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu, dua tokoh yang cukup dikenali iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmod dipilih untuk menjadi ikon pada malam yang gilang-gemilang itu nanti. Pn. Nori Abdullah juga (insyaAllah) akan turut hadir sebagai VIP jemputan dan juga perasmi pada malam itu.

OK. Apa yang ada pada malam itu nanti? Hurm.. buat masa ni saya boleh katakan ialah ada makanan sedap, door gift, cabutan bertuah dan persembahan artis Malaysian Idol 1, Dina. Bagaimanapun insyaAllah, ia pasti menjadi lebih menarik dan gemilang dengan kehadiran anda semua.

Bagaimana untuk hadir ke makan malam ini? Ada 3 cara untuk menghubungi saya samada melalui (1)ruang komen ini, (2)email ke meATfawariDOTnet atau (3)hubungi talian 016-5852927. Harga tiket adalah RM35 untuk seorang, kalau beli lebih daripada 1, ada diskaun RM5. Kalau nak tempah 1 meja (10 orang) ia berharga RM300.

Jomlah datang beramai-ramai ke majlis makan malam ini! Ajak rakan-rakan, saudara mara, adik beradik untuk sama-sama memeriahkan majlis makan malam ni. Jom, jomm heboh~!!

(Promosi ini tidak dibayar)
# Promosi sah sehingga 28hb Julai 2006
# Gambar adalah MKM 2005
# Diskaun 10% tambahan untuk setiap ahli Geng Jurnal yang beli lebih dari 1 tiket.

alahai sekolahku..

Tadi dapat surat dari sekolah. Surat pasal convocation. Suruh confirm dan bayar sebelum 4hb nih. Tapi yang peningnya sekarang ni, result dapat 7hb. Macammana mau confirm? Buatnya tak pass (nauzubillah), satu hal lagi nak minta refund duit tuh. Sekolah ni memang kemut sikit bab duit nih. Kalau suruh students bayar fees, semua nak cepat, kalau lewat sikit, kena hantar surat lah, kena jumpa lecturer lah. Tapi kalau bab nak refund duit students, ambil masa sebulan. Kalau tengok kat form, sampai 6 tandatangan diperlukan baru complete.

Tengoklah dulu macammana. Huhu.

Tak lama lagi, ada MKM kat sekolah. Minggu Kebudayaan Melayu 2006. Saya dengar banyak problem. Nak membantu, jauh pula disini. Rasa bersalah pun ada. Duit masih tak cukup. Yang saya tak faham, MKM ni event tahunan sekolah. Kenapa macam tak ada full support dari sekolah sendiri? Tau nak grand jek, tapi hulur lah sikit ek. Sekarang ni pun dengar kata diaorang pakai duit sendiri. Kesian dowh~ Saya tak harap MKM ni akan berlangsung dengan penuh ketidaksempurnaan selepas apa yang dah terjadi pada Titian Ilmu, berkubur begitu saja. Takkan nak jadi batch MCS yang paling teruk kan? Dahlah lepas ni MCS entah wujud entah tidak, sebab JPA dah tak hantar pelajar ke sekolah ni lagi.

Tengoklah apa yang boleh dibantu. Balik KL kot minggu depan.

Pening, pening~