Archive for February, 2006
Naik 30 sen
Semalam dari KLIA, Shariza singgah di Petronas untuk isi minyak dan aku terkejut tengok harga seliter sebanyak RM1.92. Aku terkedu sebab setahu aku, tidak ada khabar mengatakan tentang kenaikkan harga minyak.
Dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan minyak petrol dan diesal naik lagi 30 sen seliter berkuat kuasa 28/02/06.
Kali terakhir dinaikkan ialah pada 31 Julai 2005 dengan kenaikkan sebanyak 10 sen seliter bagi petrol.
Nampaknya elaun aku pun kena naikkan lah juga. Kalau tidak, kereta sajalah yang makan, tuannya tidak.
Pak Lah – Tiada tindakan diambil
KEPALA BATAS 24 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap akhbar The New Straits Times (NST) yang menyiarkan kartun mengaitkan isu karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w setelah akhbar itu memohon maaf secara terbuka di muka hadapannya hari ini.
Menurut Perdana Menteri, beliau menerima permohonan maaf akhbar itu dan menyifatkan isu itu telah selesai.
Katanya, akhbar itu turut menyuarakan rasa kesal dengan apa yang berlaku sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai dan menyifatkan isu telah selesai.
Hanya ini saja yang boleh saya katakan – K.E.C.E.W.A