Archive for January, 2006

dugaan Tuhan

ubat-ubatku..
MEFENAMIC ACID 500MG, CINNARIZINE 25MG, PROPANOLOL 40MG, DIAZEPAM 2MG, CAFERGOT 1MG

Lagu Rakyat

Saya sekarang mencari lagu-lagu rakyat. Yang cuma ada dalam simpanan saya buat masa ini cuma lagu Apo Kono Eh Jang saja. Saya juga ada lagu Terang Bulan yang saya download dari blog kak Sera.

Saya mencari apa saja lagu, yang penting adalah lagu rakyat yang terdiri dari pelbagai genre atau kaum. Contohnya Sarawak ada lagu Puteri Santubong. Sabah ada Jambatan Tamparuli. Kita juga ada lagu Ulek Mayang dan Dondang Sayang.

Wah, banyak lagi sebenarnya. Kepentingan saya, sekadar sebagai koleksi. Masa-masa akan datang, belum tentu kita akan dapat dengar lagu-lagu rakyat ini lagi.

Jika kawan-kawan ada lagu-lagu rakyat, email kepada saya ya.

Pak Lah tegas – Tak perlu dipinda

Buletin Utama, PM kata Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tak perlu dipinda, tak mungkin dan kedudukan Mahkamah Syariah serta Mahkamah Sivil adalah sama seperti sekarang. Katanya lagi tidak ada kekeliruan dan tindakan 10 orang menteri itu adalah luar biasa.

Sementara itu Exco Pemuda UMNO, Datuk Pirdaus Ismail, berkata ini melibatkan maruah kabinet/kerajaan. Tindakan seumpama ini tidak pernah berlaku. Ini sebetulnya kerja pembangkang atau NGO.

Mengejutkan pula bagi Dato Seri Rafidah Aziz, tindakan rakan sejawatnya itu menunjukkan mereka juga concern dan mahu memberikan pandangan mereka berhubung isu ini.

UPDATES: Saturday, January 21, 2006 at 1:44pm

Buletin 1.30 hari ini melaporkan, 10 menteri tarik balik memorandum tersebut.

Bacaan lain:

Terima kasih!

UPDATES: Saturday, January 21, 2006 at 8.20pm

Isu “memorandum” ini sangat hangat. 20 minit berlalu, Buletin Utama masih melaporkan isu ini dengan ucapan PM, pandangan para menteri dan orang-orang lama.