saaaaaaaaaakiiitt hatttttttiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!
Archive for December, 2005
Hai wawa! Kt dh blk m’sia. Rindu kt x? Aa? Iye? Thanks.. eh, ms kt xde awk mst x ol kn?
Sender:
*i*sa
+601**7*3*1*
17:53:09
23 Dec 2005
Ni budak perasan. Tak habis-habis. Sape ntah rindu kat dia. Haha.
p/s: Balik Malaysia, tak kan tak ada apa-apa kot untuk saya? :p
#UPDATE: 10:14pm -
“kwn wawa yg wawa rindu?”
Walaweh.., perasan tahap cipan lah sahabat ku yang seorang ini. Dia yang rindu, kata orang pula. Layan saja lah! Cuti pun dah nak habis, nanti muka dia juga yang nak kena tengok tiap-tiap hari.
“Pemburu Mimpi” adalah salah satu buku yang saya beli beberapa hari lepas. Saya ambil masa 5 hari untuk membacanya. Ditulis oleh Saleha Hussin, buku setebal 1245 halaman ini bertemakan perjuangan wanita untuk mendapatkan hak yang adil.
Buku ini begitu sarat dengan bermacam isu yang cuba dikupas menjadikan setiap muka surat perlu dibaca dengan teliti. Pada awal pembacaan, saya berhadapan dengan situasi kekeluargaan, menyebabkan saya memfokuskan diri saya ke satu arah saja. Sama sekali saya tidak menyangka ia turut menyentuh isu politik, agama serta isu-isu sosial semasa yang lain secara serius. Setiap watak di dalamnya juga mempunyai karekter berbeza-beza, dan ada di antaranya yang begitu sukar difahami. Kerana wataknya yang mempunyai perwatakan, cara hidup, pemikiran dan pengalaman yang berbeza-bezalah menjadikan “Pemburu Mimpi” menarik untuk dibaca.
Mengulas sebuah buku bukanlah kemahiran saya. Tetapi apa yang boleh saya katakan, jika “Pemburu Mimpi” diandaikan sebagai satu resipi baru, ia memang enak dan lazat kerana cukup segala bahan-bahan serta rempah-ratusnya.
Bagaimanapun, jujur saya katakan, kepala saya begitu berat sepanjang membaca buku ini. Kerana terlalu diasak dengan pelbagai isu yang cuba ditonjolkan, ada sesetengah muka surat yang saya tinggalkan. Haha.. Saya memang terlalu cepat mengalah. Alasan saya, membaca “Pemburu Mimpi” meletihkan.
Cubalah dapatkan buku ini, baca dan beritahu saya, pendapat anda tentang buku ini.
Bacaan lain: Pemburu Mimpi – Novel Terbaharu dalam Pasaran
Dapatkan Pemburu Mimpi sekarang!
