Archive for November, 2005

sebatang pen

On da way balik hall tengah hari tadi, Mimi bagitau sebab musabab Amnah nak sangat ke Ikano semalam. Terkesima kami yang lain.

Kebetulan semalam Najdah dan Firdaus nak ke Tesco membeli stock makanan. Hani dan Najwa pun hajat nak ikutlah sekali, juga nak membeli-belah. Masa yang sama, Amnah ajak saya ke Ikano, konon nak beli barang. Tak bagitahu barang apa. Katanya penting dan ia barang keperluan belajar. Saya serba-salah. Kembara tak lah besar sangat sampai boleh muat 5 orang penumpang. Maklumkan hal ini pada Najwa dan Hani. Kemudian Najwa mengalah, katanya tak perlulah dia pergi. Hani pun sama, tapi aku paksa dia juga. Temankan, kata saya.

SMS Amnah suruh turun, kitaorang tunggu kat kereta. Dia tak reply. Bila Najdah call, Amnah kata dia dah kat Ikano. Kitaorang terkejut. Dia pergi dengan Naqib. Saya sedikit terasa. Kalau dah pergi, kenapa tak inform.

Andaikan saya tidak ke Tesco dengan rakan lain, berbaloikah saya ke Ikano hanya untuk sebatang pen?

Kat 7-11 kan ada.

mari bergaya

Foto diambil menggunakan henpon Nokia model 6230 sahaja.

#Raya rumah Amnah -

#Raya rumah Hezri –

#Raya rumah Acap

#Raya rumah Najdah
n/a

#Raya rumah Sha
n/a

Best

Best ke buat blog? – Adalah orang tu tanya.

Saya jawab, best tapi kadang-kadang blur.

Dulu orang tulis blog tak ramai. Jalan sana, jalan sini akan jumpa orang yang sama. Komuniti masa tu pun masih tak besar. Bila kita kenal bloggers yang lain, kita senang nak kawan-kawan. Masing-masing support sesama sendiri. Akrabnya persahabatan walaupun belum pernah berjumpa. Respon yang diterima dari pembaca masih ada batasan. Penulis dan pembaca masing-masing faham hak kebebasan bersuara.

Tapi sekarang boleh pula sesama bloggers bertelagah, berselisih faham. Ada yang berpuak; geng kau, geng aku. Dalam komuniti, jumlah ahli sudah terlalu besar. Sampaikan ada yang kita tak kenal. Geng lama tak kenal geng baru dan sebaliknya. Sekurang-kurangnya, sukar untuk kenal semua ahli yang ada dalam komuniti. Respon-respon pembaca pula kalau boleh diizinkan saya katakan, ada yang melampaui batas seorang pembaca.

Prinsip dulu tidak lagi dipegang. Kebebasan bersuara. Batas antara penulis dan pembaca. Jika suka, datang – tak suka, tinggalkan.

Ini pengamatan dan pengalaman sendiri. Tapi 3 tahun itu (2002-2005) pun sudah memadai untuk saya faham keadaan dulu dan sekarang.