Archive for October, 2005
sim card baru
Bil bulan ni sangat sampaikan DiGi sekat semua sms/panggilan keluar. Mahu tidak mahu kenalah juga saya beli sim baru untuk beberapa hari sehingga bil dijelaskan. Biasanya bil tidaklah sebegitu tinggi, tapi mungkin sebab saya sudah mula menggunakan DiGi’s mobile broadband maka bil pun naik.
Seperti Celcom juga, DiGi telah menggunakan nombor bermula ’5′ dan bukan lagi ’8′. Dan sempena dua perayaan yang bakal tiba ni, DiGi menawarkan sim pack dengan harga RM9.90, kurang 10 sen daripada Maxis. Macam-macam je lah promosi diaorang nih.
Saya pun tak guna lagi no Maxis saya tu sebab sim card tu dah hilang. Maka sesiapa yang tak boleh reach saya tu, minta maaf lah.
kad raya, duit raya
Masa saya ke SMAKK nak ambil Ayient tadi, terserempak dengan Hamzah. Hamzah ni adik angkat saya sejak dia form 1 sementara saya form 3 sampai lah sekarang. Walaupun tak rapat, tapi setiap tahun Hamzah akan bagi kad raya. Semenjak tahun lepas dia dah mula bagi duit raya kat saya. Haha. Tahun lepas 5 sen, tahun ni pun 5 sen juga. Pandai juga berlawak budak ni.
Tidak seperti tahun-tahun lepas, kad raya untuk saya telah berkurangan. Agaknya semua peminat dah lari.