30
Aidilfitri 1429H
Published by WaWa, under Blog. 16 Comments.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang belajar, bekerja dan menetap di luar negara terutamanya di United Kingdom yang akan menyambut hari raya pada hari esok, selasa 30 September. Tidak lupa kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia yang menyambutnya pada hari lusa, rabu 1 Oktober. Dan juga kepada kawan-kawan di New Zealand, selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
21
Ini adalah cerita-cerita pendek
Published by WaWa, under Blog. 12 Comments.
1. Satu sebab kenapa saya tidak menulis entri khas tentang ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-45 dan hari kemerdekaan Sabah dan Sarawak pada 16 September lepas adalah kerana kononnya mahu menunggu rancangan yang digembar-gemburkan kepada seluruh dunia itu. Pelan asal saya adalah mahu menulis se-entri yang merangkumi dua peristiwa awal yang saya sebutkan dan juga rancangan besar-besaran yang akhirnya tak jadi itu. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak pernah tahu betapa obsesnya saya terhadap tarikh 16 September, bolehlah lihat (dan baca jika mahu) di entri-entri ini: Malaysia 43, Cuti 16 September, Malaysia 44.
2. Pendapat peribadi tentang situasi politik Malaysia sebelum dan selepas 16 September telah siap ditulis separuh. Tetapi saya sudah hilang mood. Oleh itu, saya berkemungkinan tidak akan menghabiskan tulisan tersebut sekaligus tulisan itu tidak akan dipaparkan kepada umum.
3. Tahun ini masuk tahun kedua saya tidak menerima sekeping pun kad raya. Nampaknya saya sudah tidak popular. Sedihnya. Sekarang ini saya sudah desperate. Sekeping kad raya digital pun bolehlah. Tapi kad raya yang diposkan lebih dihargai kerana bukan saja lebih cantik (serta unik), malah ia boleh disentuh dan saya (akan, insyaAllah) menyimpannya sampai mati (seperti kad-kad raya yang saya terima beberapa tahun dulu masih lagi disimpan rapi).
4. Saya bercadang untuk memblog di tempat baru. Saya merasakan blog fawari ini tidak niche, dan banyak benda merepek yang ditulis. Oh, tetapi bila difikirkan, tulisan-tulisan merepek yang tarikhnya dari 2005 itu adalah tulisan-tulisan tumbesaran saya. Alangkah bertuahnya jika saya masih mempunyai tulisan-tulisan dari tahun 2002 itu. Mungkin 20 tahun lagi, jika saya masih simpan salinan tulisan-tulisan di sini, saya akan ketawa dan berkata, “oh, betapa bodoh dan naifnya saya dulu”. Mungkin ya, mungkin tidak.
5. *baru* Memandangkan poin ke-empat saya yang sangat mencacap dan desperate, maka saya perturunkan alamat saya disini untuk dikirimkan sekeping kad raya. Dah dipapar alamat ni, sila-lah hantar kad ye Pleaseee… Hahaha.

Hantar ye, ye.. Okay!
31
Selamat semuanya
Published by WaWa, under Blog. 20 Comments.
Setahun lepas, pada tarikh 31 Ogos, saya ada buat entri sempena sambutan kemerdekaan untuk rakyat Malaysia di Semenanjung. Tapi pada tahun ini, tarikh yang sama, saya bangun pagi dan baru menyedari bahawa hari ini adalah hari kemerdekaan Semenanjung Malaysia. Tepuk dahi kerana terlupa.
Masih belum terlambat rasanya, saya ucapkan selamat menyambut kemerdekaan ke 51 untuk rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung.
Esok, 1 September, adalah hari pertama Ramadan. Malam ini jangan lupa bangun sahur dan berniat puasa. Selamat menyambut Ramadan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. England juga akan menyambut Ramadan yang pertama esok.
Kawan-kawan di New Zealand, boleh makan lagi esok. Haha…